Untuk melakukan Perubahan ataupun Nahdah, mahu tidak mahu Kegemilangan Ilmu; atau apa yang disebut oleh Franz Rosenthal sebagai Knowledge Triumphant perlulah kita hayati dan pasakkan sedalam-dalamnya sebagai salah satu dari ciri utama perjuangan kita untuk menuntut Perubahan. Kita wajar menyedari bahawa semua tamadun besar tidak terkecuali Tamadun Islam semuanya didasari oleh ilmu. Oleh itu penting bagi kita mengimbangkan peningkatan dalam pergerakan dan aktivisme politik dengan peningkatan pergerakan intelektual dan peranannya dalam masyarakat.
Petang tadi saya memberi ucaptama di majlis peluncuran dan bedah buku 4 karya Dr. Syed Husin Ali. Tahniah saya ucapkan kepada SIRD(Strategic Information and Research Development Center) kerana berjaya menganjurkan majlis peluncuran dan bedah buku tersebut. Empat tokoh dijemput untuk membicarakan karya-karya Dr Syed Husin. Tan Sri Khalid Ibrahim membicarakan buku Orang Melayu: Masalah dan Masa Depannya; Dr Lim Teck Ghee, Pengarah Centre for Policy Initiatives membicarakan Ethnic Relations in Malaysia: Harmony & Conflict; dan Pak Said Zahari, tokoh wartawan tersohor yang ditahan selama 17 tahun membicarakan buku Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara.
Karya Dr Syed Husin mencerminkan pemikiran beliau; yang meluahkan pergolakan dan permasalahan serta saranan-saranan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negara ini. Benarlah kata Dr Lim Teck Ghee; beliau sememangnya seorang intelektual sejati. Beliau merupakan guru juga rakan semenjak dari zaman universiti, yang konsisten dan istiqamah melawan ketidakadilan. Semangat beliau menyuntik inspirasi bukan sahaja kepada saya bahkan kepada semua yang menentang kezaliman dan pendokong Perubahan.
ANWAR IBRAHIM
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment