Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, September 30, 2009

PAS pula calonkan Zulkefly - Malaysiakini

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Pemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson.

Petang tadi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemilihan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN.

Dewan Harian PAS bermesyuarat petang tadi untuk memuktamad pemilihan calonnya di Bagan Pinang.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Serah pada pengundi

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, Zulkefly berkata Pakatan Rakyat (PR) akan membuat perubahan bersama dengan kehendak rakyat.

“Kita bertanding untuk membela rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai peluangnya untuk menang, Zulkefly berkata, terpulang kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat mereka.

Beliau yakin pengundi bijak untuk memilih wakil rakyat yang dapat berkhidmat untuk membela mereka.

Ditanya harapannya dalam piliharnaya kecil kali ini memandangkan beliau bukan anak tempatan, Zulkefly yang pernah tiga kali bertanding sebelum ini berkata:

“Saya anak watan Negeri Sembilan, cuma lain daerah sahaja. Kita boleh capai kemenangan untuk bawa perubahan kepada rakyat.”.

Ditanya mengenai calon BN - Tan Sri Isa Samad yang merupakan calon popular dan mendapat sokongan akar umbi - Zulkefly sekali lagi mengulangi bahawa terpulang kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka.

Calon terbaik

Sementara itu, Hadi pula berkata, PAS memilih Zulkefly kerana beliau merupakan calon terbaik, muda dan berpendidikan tinggi.

Kepimpinan PAS, tegasnya, sebulat suara memilih Zulkefly bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Ditanya mengenai isu-isu yang bakal dibangkitkan dalam kempen dalam pilihanraya kecil tersebut, Hadi berkata: “Tunggu dulu”.

Hadi juga ditanya mengenai kemungkinan masalah dalaman Pakatan Rakyat di Selangor - ekoran teguran pesuruhjaya PAS negeri itu, Datuk Dr Hasan Ali supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dirombak kerana didakwanya telah 'memalukan' pegawai kerajaan - akan dijadikan isu di Bagan Pinang.

Menjawab soalan tersebut, Hadi berkata: "Masalah dalaman yang ditimbulkan oleh media akan diselesaikan. Tidakjadi masalah."

Hadi juga ditanya mengenai peluang PAS menang dengan meletakkan pesuruhjaya negeri itu sendiri bertanding di Bagan Pinang, memandangkan dalam pilihanraya umum tahun lalu, parti itu tewas di 12 daripada 13 kerusi DUN yang ditandinginya di Negeri Sembilan.

Dalam jawapannya, presiden PAS itu berkata: “Kita melihat perubahan, tujuh daripada lapan pilihanraya kecil (sejak pilihanraya umum tahun lalu) kita menang, ini satu perubahan, adanya anjakan paradigma di kalangan pengundi di Semenanjung.”

Ditanya mengenai pengundi pos yang berjumlah lebih 4,000 orang dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang, Hadi berkata, terserah kepada pemilih yang mempunyai hak untuk mengundi.

Malaysiakini

Tuesday, September 29, 2009

SCHOOLGIRL DIES AFTER CERVICAL CANCER VACCINATION - Tukartiub

SCHOOLGIRL DIES AFTER CERVICAL CANCER VACCINATION – the guardian london

An urgent investigation has been launched after a 14-year-old girl died shortly after receiving a cervical cancer vaccination at her school.

Natalie Morton was a pupil at the Blue Coat Church of England School in Coventry, where she was given the human papilloma virus (HPV) jab yesterday. She was taken to Coventry University hospital, where she died at lunchtime.

Tukartiub

Isa Samad calon BN di Bagan Pinang - Malaysiakini

Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Jika tidak, katanya, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Isa, katanya, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.

Dr Mahathir berkata, kalau pun Isa boleh menang tetapi Umno "kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno".

Malaysiakini

INKUES : Prosiding Inkues Di Tangguh Khamis - TVS

Prosiding inkues Teoh Beng Hock akan ditangguhkan pada hari Khamis ini berikutan pegawai penyiasat bagi membantu prosiding ini cuti kecemasan.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Nazri, terbabit dalam satu kemalangan baru-baru ini dan sedang cuti sakit hingga 30 September.

Koroner Azmil Muntapha Abas dijangka akan mendengar keterangan daripada abang Teoh, Meng Kee dan rakan, Woo Chuan Sing apabila perbincangan itu diteruskan pada 1 Oktober.

Terdahulu, peguam pewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, mempersoalkan keperluan keluarga Teoh dan rakan-rakan dipanggil untuk di temuduga oleh ahli psikiatri forensik di Hospital Selayang hari ini.

Gobind turut meminta senarai soalan-soalan yang akan diajukan bagi menentukan sama ada ia relevan atau tidak.

Beliau turut menyatakan kekecewaannya kerana mereka diminta hadir untuk temuduga oleh pakar psikiatri hanya melalui mesej pesanan ringkas (SMS).

Peguam Tan Hock Chuan, mewakili Peguam Negara, berkata temuduga psikiatri itu adalah bertujuan untuk mengukur latar belakang si mati dan Tan bersetuju untuk menyerahkan skop soalan-soalan pada hari Jumaat.

Koroner Azmil dijangka akan membuat satu arahan berhubung keperluan untuk ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan Teoh untuk menghadiri sesi-sesi temuduga pada hari Jumaat ini.

Dalam pada itu, di luar mahkamah, Gobind memberitahu bahawa sebagai penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) adalah cara yang tidak professional, beliau turut meminta pakar psikiatri menyenaraikan soalan secara terperinci untuk diajukan nanti.

“Saya sebagai seorang peguam saya rasa, tidak elok kalau seseorang diminta hadir ke balai polis atau hospital melalui sms, ini bukan satu amalan yang baik, kita professional kita nak meminta mereka hadir, tiada masalah, tapi permohonan perlu dibuat mengikut undang-undang secara baik kita tak tahu sms ini daripada siapa, benar atau tidak benar.

“Tapi apa yang penting adalah untuk ahli psikiatri memberi kepada kita secara terperinci apakah skop soalan yang ingin ditanya, kita kene paham status dan keadaan mental saksi-saksi ini iaitu kawan teoh dan ahli keluarga teoh bukan menjadi isu dalam inkues ini,” katanya.


KEMALIA OTHMAN TVSELANGOR

Kempen Bagan Pinang bermula - Harakah

ANALISIS
Menjelang penghujung hari ini, nama calon-calon yang akan mewakili PAS dan Umno di Bagan Pinang akan diketahui umum.

Umno akan mengumumkan calonnya petang ini pada majlis rumah terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri di markas utamanya di sini.

Hari ini juga Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak memulakan kempennya di Bagan Pinang dengan satu lagi rumah terbuka di Pusat Latihan Asas Tentera Darat di Si Rusa, kem yang diduduki hampir 2,000 pengundi pos. Lebih 4,000 daripada kira-kira 15,000 pengundi Bagan Pinang adalah anggota keselamatan.

Najib kemudiannya akan bersama-sama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis pengumuman calon.

Penyertaan presiden Umno itu dalam majlis pengumuman nama calon adalah satu tradisi baharu dalam BN yang mengharapkan kemenangan mudah di Bagan Pinang.

Biasanya pengumuman calon hanya dihadiri timbalan presiden parti yang juga bertindak sebagai pengarah pilihan raya kebangsaan.

Kehadiran Najib di majlis itu menandakan BN kini sudah sangat yakin akan memperoleh kemenangan, walaupun parti pemerintah itu berhadapan dengan dilema pemilihan calon.

Nama yang menjadi pilihan utama adalah bekas Menteri Besar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, namun wujud pelbagai tekanan daripada pusat sehingga ke saat akhir supaya dicalonkan nama lain kerana ketua bahagian Umno Teluk Kemang itu telah disabitkan atas kesalahan politik wang dalam partinya sendiri pada tahun 2005.

Namun walau siapapun calonnya kempen BN tetap tidak lari daripada tradisi mengumumkan projek-projek pembinaan.

Semalam Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan mengumumkan pembinaan dua sekolah baharu di Bagan Pinang, satu sekolah rendah bernilai RM18 juta di Batu 9 Port Dickson dan satu lagi sekolah menengah dengan nilai RM20 juta di satu tapak yang belum ditentukan.

Di pihak PAS pula, jawatankuasa pusatnya akan bermesyuarat petang ini sebelum menetapkan nama calon yang akan diumumkan dalam ceramah malam ini yang turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

PAS kini perlu memilih antara tiga nama sebagai calon iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefli Omar, Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Kemang Ramli Ismail dan bekas Ketua Dewan Ulama PAS negeri Ustaz Kassim Tahir.

Ketiga-tiga nama ini masing-masing mampu memberikan kelebihan kepada PAS dengan kesemuanya berpengalaman dan aktif dalam aktiviti masyarakat tempatan._

Harakah

Bagan Pinang: Dewan Harian PAS putus calon petang ini - Malaysiakini

Dewan Harian PAS pusat akan bermesyuarat petang ini untuk memuktamad pemilihan calonnya bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober depan.'

Nama calon tersebut akan diumumkan malam ini bertempat di markas PAS Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang oleh presiden parti, Datuk Seri Abdul Had Awang.

Calon BN pula akan diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini di Markas Gerakan BN di Batu 6, Bagan Pinang.

Ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Hatta Ramli ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Mesyuarat petang ini akan memuktamadkan pemilihan untuk diumumkan malam ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga ditanya sama ada mesyuarat itu akan turut membincang teguran Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang mencadangkan supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dirombak.

Menurut Dr Hatta, setahu beliau, ia tiada dalam agenda mesyuarat petang ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Ramli yang juga yang dipertua PAS kawasan tersebut, adalah antara tiga calon PAS yang disebut-sebut akan dipilih bertanding dalam pillihan raya kecil tersebut.

Dua lagi nama yang disebut-sebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri itu, Kassim Tahir.

Manakala BN pula besar kemungkinan mencalonkan ketua Umno bahagian Teluk Kemang, Tan Seri Isa Samad.

Sehingga ini, beliau mendapat sokongan padu Umno bahagian itu untuk dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Malaysiakini

Monday, September 28, 2009

Kerajaan Negeri Berusaha Pindah Kawasan Ternakan Ulu Yam ke Hulu Selangor - TVA

Kerajaan negeri telah mengenalpasti kawasan seluas 200 ekar di daerah Hulu Selangor untuk menempatkan semula ternakan Persatuan Penternak Ruminan Selangor yang terjejas Rabu lalu.

Ini diumumkan oleh Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

“Dan pihak Daerah Hulu Selangor telah mengenalpasti kawasan di Hulu Selangor dan saya minta supaya disegerakan dan ini jangka panjang. Jangka panjang kita akan letakkan, pindahkan penternak-penternak yang bermasalah ke tempat yang lebih sesuai,"katanya.

Yaakob menyifatkan tindakan kira-kira 80 ahli persatuan berkenaan membawa lebih 20 ekor lembu dan kambing untuk mendesak kerajaan negeri membantu mereka sebagai tidak tepat.

Beliau berkata bantuan telah diberikan dengan pantas apabila ternakan persatuan itu terperangkap dalam banjir kilat selepas empangan di Ulu Yam pecah.

Difahamkan, empangan berkenaan pecah disebabkan pelanggaran sampah yang tertimbun hampir 100 meter tinggi di kawasan pelupusan sampah Sungai Kertas, Ulu Yam, bersebelahan empangan itu.

Puluhan ekor kambing dan lembu lemas manakala sebilangan lagi diselamatkan oleh anggota bomba, Rela, dan Jabatan Pertahanan Awam.

“Hari kedua dah ada, buktinya semua bantuan kecemasan, lembu-lembu cedera, rawatan telah diberi hari kedua dan makanan pun dihantar. Maknanya pihak jabatan haiwan walaupun beraya tapi ada juga yang turun. Dan dah dua kali hantar makanan dan esok hantar lagi untuk PKC, tak cukup"

“Saya maklumkan pada hari kedua lagi Jabatan Veterinar Selangor telah pergi ke tempat tersebut untuk bantuan kecemasan dimana lembu-lembu yang cedera telah diberi rawatan dan lembu-lembu bermasalah diberi bantuan”,katanya.

Menurut beliau, pada hari berikutnya Jabatan Veterinar telah menghantar rumput kering untuk makanan dan yang kemudiannya ditambah dengan makanan dedak.

Yaakob berkata, kerajaan negeri juga telah mengenalpasti dua penternak yang mengalami kerugian teruk dalam kejadian itu dan akan membantu mereka membina kandang sementara sebelum dipindahkan ke kawasan baru.

TVA

Waran Tangkap Tamat Tempoh: Penahanan Gobalakrishnan Dipertikai - TVA

Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan ditahan polis pagi tadi sebaik sahaja beliau keluar dari Mahkamah Majistret Bukit Mertajam untuk sebutan kes beliau menghalang polis menjalankan tugas pada hari penamaan calon DUN Permatang Pasir hujung Ogos lalu.

Difahamkan Gobala dibawa ke Balai Polis Seberang Perai, Pulau Pinang sebelum dipindahkan ke Balai Polis Cameron Highland. Polis belum memberi sebarang penjelasan kenapa Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat itu ditahan.

TvAntara telah menghubungi isteri ahli parlimen tersebut, puan Vasanthi Ramalingam. Beliau mempersoalkan waran tangkap tamat tempoh yang digunakan untuk menahan suaminya.

"Setelah dia keluar dari mahkamah, wartawan ambil kenyataan dari beliau.Tiba- tiba ada seorang datang dan keluarkan waran tangkap. Waran tangkap itu salinan sahaja dan bukan yang asal. Waran itu bertarikh Ogos lepas dan sudah tidak boleh digunakan lagi. Gobala pada asalnya tidak mahu ikut sebab ragu- ragu dengan waran itu. Tapi polis kata ini adalah arahan. Dia dibawa ke Balai Polis Seberang Prai dan kemudiannya ditukarkan ke Balai Polis Cameron Highland," kata Vasanthi.

Vasanti berkata pihaknya hanya dimaklumkan penahanan ahli parlimen ini atas kes terdahulu di Mahkamah Majistret Tapah, pada tahun 2004 lalu.

"Saya tidak tahu kes itu . Saya tidak dimaklumkan. Kami hanya diberitahu kes Mahkamah Majistret Tapah, tahun 2004 lalu," tambah beliau.

Vasanti bersetuju apabila ditanya adakah penahanan Gobala berhubung kait dengan pilihanraya kecil Bagan Pinang bulan hadapan. Penamaan calon ditetapkan pada 3 Oktober dan hari mengundi pada 11 Oktober ini.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi berdaftar dengan 2,834 orang merangkumi pengundi kaum India.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor dari Barisan Nasional .

"Saya rasa besar kemungkinan dia dihalang daripada pergi berkempen di Bagan Pinang. Itu yang saya percaya," ujarnya lagi.

Gobala sebelum ini dikasari oleh polis sewaktu penamaan calon Permatang Pasir. Beliau mendakwa polis memijak bahu dan belakang badan sebelum seluarnya dilondehkan dan tangannya digari.

Polis pula mendakwa Gobala menghalang anggotanya daripada menjalankan tugas dan sebutan kes atas pertuduhn itu di tetapkan hari ini di mahkamah.

Diwakili peguamnya, J.M Marty, Gobala dalam permohonannya meminta agar seluar dan tali pinggang yang dirampas oleh pihak polis semasa kejadian dipulangkan semula untuk digunakan sebagai barangan bukti pada hari perbicaraan nanti.

Menurut Marty lagi, Gobalakrishnan akan diwakili oleh sepasukan lapan orang peguam yang diketuai ADUN Seri Delima, RSN Rayer.

Majistret, Mohd Azhar Hamzah menetapkan tarikh 28 Oktober depan sebagai tarikh sebut semula kes ini.

TVA

PKFZ : AMK Selar Polis - TVA

Kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi dipertikaikan apabila mengheret isu skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kepada penyiasatan ke atas Raja Petra Kamarul dan ahli kabinet yang telah membocorkan kertas kabinet melibatkan projek berkenaan.
Polis kelihatan bekerja keras dalam memastikan mereka yang terlibat dalam usaha penghebahan kandungan yang dikatakan sebagai kertas kabinet dihukum kerana telah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Persoalannya di sini, mana lebih penting?

Apa yang pasti, kandungan kertas kabinet itu mendedahkan tentang Menteri Kewangan membuat syor kepada kabinet supaya memberi kelulusan secara retrospektif peningkatan kos pembangunan daripada RM 1.088 bilion kepada RM 4.6 bilion zon bebas cukai itu.

Menteri Kewangan juga dikatakan membuat syor supaya kabinet meluluskan pinjaman RM4.6 bilion kepada Lembaga Pelabuhan Kelang (PKA) untuk menyiapkan projek berkenaan.

" Apabila Musa Hassan mengumumkan akan membuat siasatan konon berlakunya pembocoran kertas kabinet, berkaitan dengan skandal PKFZ. Kita merasakan bahawa Musa Hassan cuba lari daripada isu yang sebenar" ujar Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin.

Skandal PKFZ walaupun ianya dibincangkan di kabinet, dan diputuskan dalam kabinet menunjukkan menteri-menteri cuba mencari jalan untuk menghalalkan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ ini.

Fokus utama kandungan kertas kabinet itu hakikatnya memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sejauh mana ketelusan dalam pentadbiran kewangan di negara ini.

Timbul isu sama ada kertas kabinet itu mungkin palsu. Tetapi jika ia benar, polis sewajarnya meluaskan skop penyiasatan mereka kepada pihak yang bertanggungjawab tanpa memilih bulu dan bukannya menghumban mereka yang cuba mencari kebenaran di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

" Nampaknya Musa Hassan dan seluruh element kepolisian ini ingin mencari siapakah menteri yang bertanggungjawab dan tidak memfokuskan kepada usaha untuk menyiasat bagaimana penyelewengan wang rakyat boleh berlaku, siapa yang terlibat, siapa menteri yang mendalangi skandal ini, dan siapakah orang politik dari UMNO, MCA dan Barisan Nasional yang mendapat keuntungan. Itu yang sebenarnya yang harus diberikan tumpuan" tambahnya lagi.

Namun tindakan polis ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Waima, ianya acapkali berulang sehingga ramai yang melabelkan institusi kepolisian itu sebagai kuda tunggangan UMNO-BN dalam menyelamatkan kepentingan politik dan peribadi mereka.

" Sekarang ini mereka sedang cari kambing hitam . Dalam hal ini ada dua kambing hitam mereka cari. Yang pertamanya Raja Petra, serangan sekarang tertumpu kepada Raja Petra dan yang keduanya, mereka akan cari sampai dapat siapa menteri yang mendedahkan yang membongkarkan kertas kabinet ini".

TV Antara turut mendapatkan respon dari Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkenaan dengan isu tersebut.

" Ya saya melihat ini satu usaha untuk menutup kes ini dan akhirnya saya menjangka bahawa mereka akan mengisytiharkan bahawa dokumen yang tersiar dalam Malaysia Today itu adalah dokumen rekaan dan akhirnya tidak ada siapalah yang kena tangkap".

Bagi beliau apa yang lebih penting ialah mereka yang menggelapkan wang rakyat harus didakwa dan bukannya mereka yang membongkarkan pengkhianatan tersebut meski pun ia melibatkan orang kenamaan dalam barisan kerajaan.

" Bagi saya bahawa saya minta polis sepatutnya bukan menyiasat untuk menentukan sama ada dokumen itu betul atau pun tidak kerana Datuk Najib sendiri telah pun menyatakan bahawa dokumen itu sebagai dokumen yang disahkan sebagai dokumen kabinet. Jadi apa yang penting sekarang ini ialah bukan siasatan siapa yang membocorkan dan menyebar dokumen kabinet itu tetapi yang harus disiasat ialah bagaimana kabinet boleh meluluskan satu keputusan yang melanggari prosedur- prosedur kewangan" katanya.

Beliau juga turut menggesa kerajaan mengambil langkah mengisytiharkan kertas kabinet yang melibatkan PKFZ sebagai dokumen umum.

" Bermakna jika dokumen ini dianggap open document atau dokumen terbuka, siapa-siapa sahaja boleh memiliki dan siapa-siapa sahaja boleh mengetahui tentang dokumen yang boleh mengetahui apa sebenarnya keputusan yang dibuat oleh kabinet yang menunjukkan bahawa kes ini bukan hanya membabitkan Ong Tee Kiat tetapi kes ini membabitkan hampir keseluruhan anggota kabinet pada waktu itu yang sebahagian besarnya masih berada dalam kabinet di bawah Datuk Najib, termasuk Datuk Najib sendiri dan juga Tan Sri Muhyiddin yang terlibat dalam membuat keputusan melanggari prosedur dan peraturan-peraturan kewangan".

" Saya cabar kerajaan khususnya kepada Datuk Najib, kalau betul Datuk Najib mendokong prinsip integriti, ketelusan untuk melihat kepentingan negara dan rakyat ini, saya mencabar untuk Datuk Najib mengisytiharkan dokumen kabinet yang dianggap sebagai rahsia rasmi tersebut iaitu dokumen berkaitan PKFZ, supaya dikeluarkan dari klasifikasi OSA".

TVA

AMK Gesa SPR Mansuh Undi Pos - TVA

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata AMK melihat kenyataan ini sebagai mencerminkan kedangkalan pemahaman mengenai tujuan diwujudkan peruntukan untuk pengundi tidak hadir dan malah matlamat dan fungsi pilihanraya.

Beliau berkata, pilihanraya diadakan untuk membolehkan rakyat memilih dengan bebas, tanpa tekanan yang tidak sewajarnya wakil mereka bagi membentuk kerajaan rakyat.

“Kita konsisten dengan pendirian Pakatan Rakyat sebelum ini dalam memorandum yang dianjurkan bersih kepada Yang Dipertuan Agong untuk menghapuskan undi pos. Itu menunjukkan bahawa undi pos ini adalah kaedah undi yang tidak boleh digunapakai dan sudah lapuk jadi perlu dikaji semula.

“Jadi kita melihat kerajaan Umno dan BN mengambil kelebihan daripada undian pos ini di mana sistemnya dan pengundiannya adalah tidak telus dan meletakkan sesiapa sahaja yang terlibat dengan undi pos dalam keadaan serba salah. Ini adalah kerana undi yang diberi oleh mereka adalah tidak telus dan boleh ditentukan oleh kerajaan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut berkata kerahsiaan undi adalah satu faktor asasi dalam proses pemilihan ini dan tujuan diwujudkan peruntukan untuk pengundi tidak hadir adalah bagi membolehkan rakyat yang tidak bermastautin di dalam satu-satu bahagian pilihanraya menjalankan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pemilih.

“Ini kerana soal seperti nombor siri yang berada di kertas undi dan menyebabkan mereka yang memilih undi diketahui oleh pihak lawan dan pihak SPR. Itu menunjukkan undi itu tidak lagi menjadi undi yang rahsia dan bebanan kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan undi pos.

“Perkara keduanya ialah reputasi pengundi pos di mana yang termaktub dalam undang-undang bagi pengundi yang hadir dalam sesuatlu pilihan raya, dalam keadaan negara sekarang keadaan aman dan tidak ada peperangan dan sebagainya sepertimana yang berlaku sewaktu zaman kita memerangi komunis dahulu, itu menunjukkan mereka yang berada dalam pengundi pos berada dalam keadaan kawasan kem dan kawasan-kawasan pengundi tidak perlu sebenarnya kepada pengundi pos ini.

“Dengan sebab itu kita menuntut kepada SPR dan mendesak sebenarnya kepada perubahan politik dan juga undang-undang kerana dari segi asasnya perlembagaan memperuntukkan bahawa setiap orang berhak mengundi sampai rasa takut dan fobia dan undi mereka dijamin dari segi kerahsiaan,” katanya.

Antara mereka yang tidak bermastautin ini ialah anggota keselamatan yang bertugas di perbatasan atau di medan pertempuran atau mereka yang menjalankan tugas-tugas kritikal lain semasa hari mengundi.

Sudah tentu anggota tentera yang bermastautin di dalam kem atau di dalam sesuatu bahagian pilihanraya sesama keadaan aman, apatah lagi suami atau isteri mereka tidak dimaksudkan sebagai pengundi tidak hadir oleh penggubal Perlembagaan dan undang-undang.

“Kita kembali kepada rakyat kerana kita melihat SPR tidak bersungguh-sungguh untuk membuat perubahan dalam sistem undi pos ini. Dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang contoh, SPR didesak supaya mengkaji semula prosedur undi pos.

“Ini termasukla memorandum yang dihantar oleh Pakatan Rakyat kepada pihak SPR mengkaji aspek-aspek teknikal kepada pengundi pos. Sebagai contoh, esok kita ada pertemuan yang kedua dengan SPR dalam hal pengundian pos ini. Dengan itu saya melihat kenyataan dan keterangan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR baru-baru ini yang mengambil mudah pendekatan dan juga keyakinan kita terhadap undi pos ini apabila beliau menyatakan SPR tidak kiralah sama ada semua pihak akan meneruskan dengan sistem undi ini.

“Jadi kita lihat, kita serahkan hak ini sama ada kepeluan undi pos ini sama ada diperlukan atau tidak kepada rakyat biarlah rakyat menentukan dan kali ini kita bercadang untuk mengajak seramai mungkin mereka yang pernah terlibat dengan undi pos ini termasuklah bekas-bekas tentera, bekas-bekas polis dan juga agensi-agensi yang mengawal hak-hak asasi terus termasuk Suhakam, NGO yang lain termasuk juga SPR dan mana-mana parti pun terlibat dalam forum ini.

“Biarlah rakyat yang ada menentukan dan mendapat maklumat yang jelas bagaimana undi pos ini terbuka kepada sebarang penipuan dan kelebihan kepada parti pemerintah,” katanya.

Beliau turut mengatakan Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang berat kegagalan atau mungkin keengganan untuk memahami niat penggubal undang-undang ini. Prinsip yang harus dipatuhi ialah ‘the intention of the legislator is law.

Tindakan memaksa pengundi dari kalangan anggota tentera dan suami atau isteri mereka menjadi pengundi tidak hadir dan menafikan hak mereka untuk mengundi sama seperti rakyat Malaysia lain mencabul Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa setiap rakyat adalah samarata dan tidak boleh didiskriminasi atas sebarang faktor termasuk profesion mereka.

Selan itu, Angkatan Muda Keadilan Malaysia mengajak semua pihak yang terlibat dan prihatin dengan pelaksanaan demokrasi tulen di Malaysia untuk mengadakan Forum Rakyat bagi membincangkan secara khusus persoalan undi pos atau pengundi tidak hadir ini.

Beliau berkata Forum Rakyat ini adalah penting bagi merungkai segala permasalahan dan kelemahan yang wujud bagi memastikan setiap undi adalah benar-benar bebas dan berkesan dalam menzahirkan kehendak sebenar rakyat.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia akan mengambil inisiatif untuk menganjurkan Forum Rakyat tersebut dengan menjemput semua pihak yang terlibat, termasuk wakil SPR, parti-parti politik, wakil Angkatan Tentera Malaysia, wakil Polis DiRaja Malaysia, organisasi masyarakat (NGO) dan rakyat yang prihatin.

Sudah tiba masanya proses dan sistem pilihanraya berkenaan pengundi tidak hadir dikaji semula dengan jujur dan dilakukan pindaan-pindaan perlu.

Ini untuk mengelakkan anggota tentera, polis dan semua pengundi tidak hadir daripada berada di dalam keadaan serba salah dan tidak ada kebebasan untuk membuat pilihan.

Keengganan untuk membuat pindaan-pindaan tersebut akan menyebabkan semua pihak terus mempunyai persepsi bahawa pihak pemerintah UMNO-Barisan Nasional mempunyai agenda tersembunyi.

Malah selama ini rakyat menganggap pengundi tidak hadir ini adalah faktor penentu yang memberikan kemenangan kepada BN di dalam pilihanraya secara tidak adil.

“Sebab itu saya yakin kalau kita pulangkan kepada rakyat, biarlah rakyat membuat keputusan kerana apabila berlakunya undi pos ini, BN akan menyatakan dengan penuh yakin bahawa ini merupakan bekas kubu kuat mereka.

“Kubu kuat kerana mereka mempunyai kelebihan dari segi pengundi pos dan bukan meraih kekuatan dari sokongan rakyat biasa,” katanya.

Persepsi wujud penipuan di dalam proses pilihanraya ini akan menjejaskan wibawa kerajaan, merosakkan amalan demokrasi sehingga boleh menyebabkan demokrasi di Malaysia menjadi demokrasi tempang dan malah menghilangkan keyakinan rakyat terhadap demokrasi dan negara ini sendiri.

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan ia adalah satu pengkhianatan terhadap negara, pengkhianatan terhadap usaha gigih dan pengorbanan pengasas negara ini dan para pejuang kemerdekaan, pengkhianatan terhadap anggota keselamatan yang menggadaikan nyawa untuk keselamatan negara dan pengkhianatan kepada rakyat sendiri.

TVA

Mahkamah Rayuan arah inkues Teoh diteruskan - Malaysiakini

Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan supaya inkues kematian Teoh Beng Hock diteruskan seperti yang dijadualkan, dengan memanggil saksi-saksi lain untuk memberi keterangan.

Dalam keputusan sebulat suara, panel hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Low Hop Bing berkata permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menangguhkan inkues tersebut, akan didengar bersama dengan kes rayuan.

Low juga mengarahkan pendaftar Mahkamah Rayuan supaya menulis kepada pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi Petaling Jaya supaya menyegerakan penghakiman bertulis dan juga menetapkan tarikh awal bagi mendengar rayuan dan permohonan penangguhan inkues tersebut.

Dua lagi hakim yang mendengar kes tersebut ialah Datuk KN Segara dan Datuk Ramly Ali.

Pada 10 September lalu, Mahkamah Tinggi Petaling Jaya menolak permohonan SPRM untuk menyemak keputusan koroner inkues kematian Teoh berhubung kebenaran memanggil saksi bagi mendedahkan dakwaan penderaan pegawai suruhanjaya itu.

Pada 9 September, T Sivanesan seorang saksi yang dikemukakan oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, memberi keterangan dalam inkues Teoh, dengan mendakwa dia pernah didera oleh SPRM semasa disoal siasat.

Mahkamah juga menolak permohonan peguam SPRM yang ingin mendapatkan perintah menangguhkan inkues sementara menunggu rayuan terhadap semakan itu di Mahkamah Rayuan.

Malaysiakini

Sunday, September 27, 2009

Nik Aziz: Umno BN Jangan Eksploitasi Pengundi Pos di Bagan Pinang - TVA

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengingatkan Umno Barisan Nasional (BN) tidak mengeksploitasi pengundi pos di pilihan raya kecil Bagan Pinang yang akan berlangsung pada 11 Oktober ini.

Beliau berkata dengan jumlah undi pos yang berjumlah 4,604 orang bagi mempertahankan kerusi berkenaan dilihat boleh menjadi penentu kepada kemenangan parti pada pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.

Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos.

“Nampak gayanya di mana-mana negeri termasuk Kelantan, undi pos jadi penentu. Jadi sama ada askar dipaksa, tak munasabah, jadi demokrasi macam mana kalau dipaksa atau pun ada seseorang yang khusus pangkah undi untuk orang lain yang tidak tahu hujung pangkalnya.

“Saya harap telus sebab kita demokrasi, jadi kita belajar demokrasi dari Eropah, tapi betulkah orang Eropah ajar askar macam itu, Eropah tak paksa askar dan polis turut mengikut arahan ketua,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengingatkan penceramah parti itu supaya tidak menyerang secara peribadi lawan sepanjang kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang nanti.

Nik Aziz berkata, secara umum penceramah Pas boleh meyentuh perkara berkaitan dasar tanpa menyentuh peribadi lawan di pentas ceramahnya sepanjang hari berkempen.

Jelasnya walaupun hari berkempen adalah saat yang perlu digunakan sepenuhnya oleh semua pemimpin parti tetapi tidak bermakna peluang yang ada itu disalahgunakan dengan menyerang secara peribadi.

“Saya tak suka sentuh peribadi, hal peribadi kenapa nak beritahu orang lain, kalau sentuh perangai secara umum itu tak pa.

“Kita sebut rasuah politik, sebut rasuah itu haram dalam agama dan demokrasi, nak sebut secara umum taka pa, jangan tuju sesiapa dan kalau hendak sebut juga, jumpa orang itu sendiri,” katanya

TVA

MIC Bergolak Lagi - TVA

Barisan Nasional berdepan dengan satu lagi kemelut dalaman setelah parti komponen MIC kembali bergolak walaupun pemilihan parti berkenaan selesai 12 September lalu.

Terbaru, tujuh calon yang bertanding termasuk seorang calon jawatan Naib Presiden mahu keputusan pemilihan MIC diisytihar sebagai tidak sah.

Mereka mengemukakan empat surat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan sejak 18 September lalu dan mahu satu pemilihan baru diadakan.

Untuk rekod aduan sebegini pernah dikemukakan pada masa lalu namun tiada pemilihan baru diadakan.

Kumpulan berkenaan menggariskan sekurang-kurangnya enam pelanggaran utama peraturan pemilihan termasuk campur tangan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Samy Vellu dikatakan mengatasi keputusan Jawatankuasa Pemilihan melarang para pewakilan daripada membawa telefon bimbit masing-masing ke kawasan pembuangan undi.

Lima pelanggaran peraturan lain yang dikemukakan termasuklah:

- Calon Pasukan Presiden berkempen selepas tempoh larangan berkempen 12 tengah hari 11 Septembar dikuatkuasakan. Barisan calon Pasukan Presiden didakwa mengadakan sidang media berunsur kempen pada jam 3 petang 11 September di Ibu Pejabat MIC;

- Mendakwa akhbar milik keluarga Presiden MIC, Tamil Nesan menyiarkan rencana dan iklan-iklan yang berunsur kempen, menyokong dan memihak calon Pasukan Presiden pada hari pemilihan 12 September;

- Akhbar itu didakwa diedarkan secara percuma kepada perwakilan di Dewan Merdeka, PWTC pada pagi hari pemilihan;

- Melarang calon daripada mencatatkan pengiraan undi sedangkan ia dibenarkan sehari sebelum itu; dan

- Kira-kira 90 peratus pekerja di dewan pengiraan undi merupakan kakitangan Ibu Pejabat MIC, Koperasi Pekerja Jaya dan Institut Pembangunan Pendidikan Maju, bukannya pekerja bebas kalangan pelajar universiti yang dijanjikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan.

Proses pembuangan undi yang di sertai 1,460 perwakilan yang meyaksikan hampir 90 peratus calon Pasukan Presiden memenangi pemilihan berkenaan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bagaimanapun empat calon bukan Pasukan Presiden berjaya memenangi kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Pemilihan berkenaan menyaksikan jawatan Timbalan Presiden dimenangi Datuk G. Palanivel yang mengekalkan jawatannya buat penggal kedua berturut-turut.

Manakala Naib Presiden disandang oleh Datuk Dr. S. Subramaniam, Datuk M. Saravanan dan Datuk S.K. Devamany.

Dalam satu sidang media, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pelanggaran Pemilihan MIC P. Balasubramaniam yang juga merupakan calon Naib Presiden berkata Jawatankuasa Pemilihan diminta membuat keputusan mengisytiharkan keputusan pemilihan lalu sebagai tidak sah.

Katanya kumpulan berkenaan juga mahu satu pemilihan baru diadakan. Sidang media berkenaan turut dihadiri oleh lima daripada tujuh calon yang mengemukakan aduan iaitu Subramaniam, Saaran Nadarajan, R. Anbalagan, Ananthan yang turut dikenali sebagai Kajang Ananthan dan R. Subramaniam.

Kumpulan berkenaan juga menganggap CWC yang bakal mengadakan mesyuarat pertamanya selepas pemilihan itu Selasa ini sebagai tidak sah.

Mengulas mengenai isu ini Naib Pengerusi DAP Selangor Charles Santiago berkata ia dengan jelas membuktikan krisis dalaman parti berkenaan tidak pernah tamat malah akan berlanjutan.

Menurutnya Samy Vellu juga berdepan dengan satu tamparan hebat kerana desakan ini secara langsung menggugat kredibilitinya sebagai presiden parti.

“Tetapi kalau ada kebanyakan pemimpin yang telah kalah bersatu dan mendesak mesti diadakan satu lagi pemilihan untuk memilih satu pimpinan yang boleh dipercayai dan ada keyakinan maka ini bermaksud krisis MIC tidak akan habis dan akan berlarutan.

“Kewibawaan Presiden MIC Samy Vellu akan menjadi lebih teruk. Orang tidak akan mempercayai dia dan setelah Najib (Perdana Menteri) mengatakan Umno akan berjumpa Samy untuk membincangkan proses penukaran pemimpin di MIC, ia telah memberi satu pukulan hebat kepada Samy Vellu,” katanya ketika dihubungi TV Antara.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan isu desakan mengadakan pemilihan baru ini didalangi Umno Barisan Nasional.

Katanya campurtangan Samy Vellu dalam pemilihan 12 September lalu jelas dan ia tidak dapat dinafikan setelah hampir 90 peratus calon Pasukan Presiden memenangi pemilihan berkenaan.

“Itu memang ada, campur tangan secara langsung ia adalah kenyataan sebenar tetapi apa yang malang cara MIC dikawal oleh Samy pegangannya begitu kuat dan kebanyakan dari penyokong-penyokong beliau telah mengambil kontrak kerajaan melalui Samy Vellu maka mereka terpaksa menyokong calon beliau,” katanya.

Tiga daripada empat surat yang dihantar kepada Jawatankuasa Pemilihan mendesak keputusan 12 September diisytihar tidak sah.

Sepucuk surat lagi meminta pemilihan baru diadakan selain mengisytihar pemilihan sebagai tidak sah.

Surat-surat berkenaan telah dihantar pada 18 September, 23 September dan 25 September.

Dalam pada itu, peguam jawatankuasa tersebut. S. Saraswathy memberitahu, Perlembagaan MIC membenarkan kes mereka dibawa ke mahkamah.

Bagaimanapun Akta Pertubuhan 1966 tidak menyediakan peruntukan sedemikian. Sehubungan itu pihaknya akan meneliti ruang-ruang lain yang sesuai untuk mengambil tindakan susulan.

TVA

Pemuda PR Sedia Gempur - TVA

Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang semakin terasa bahangnya.
Barisan Pemuda Pakatan Rakyat mengumumkan kesediaan menghadapi UMNO-Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Pimpinan kanan Pakatan Rakyat melancarkan jentera bersepadu sayap pemuda gagasan kerajaan alternatif itu di Bagan Pinang semalam dalam usaha merampas kerusi yang dikatakan kubu kuat Umno-BN.

Perasmian jentera Pemuda Pakatan ini dihadiri oleh ramai barisan pemuda dan penduduk Kampung Bagan Pinang.

Hadir pada majlis itu adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi dan Ketua DAPSY, Loke Siew Foke.

Bagi tetamu istimewa, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr. Syed Hussien Ali yang merasmikan pelancaran tersebut berkata, apa pun jua permasalahan di Bagan Pinang ianya perlu ditangani dengan bijak.

Beliau berkata demikian mengulas tentang undi pos yang difahamkan akan terus digunakan pada pilihanraya kecil Bagan Pinang.

" Sebaik-baiknya pengundian dilakukan macam biasa. Ada kotak misalnya ada tong di pintu pejabat atau di luar kem dan mereka keluar untuk mengundi. Mengapa tak boleh? Sama macam proses yang lain. Mereka tidak di Monggolia atau di perbatasan. Mereka sentiasa ada di kem itu, Mereka tidak ke mana-mana pun" ujarnya.

Sementara itu bagi Ustaz Nasaruddin pula, meski apa pun halangan yang bakal dihadapi oleh Pakatan di Bagan Pinang, jentera pemuda sudah bersedia.

Beliau tidak lupa memberikan nasihat kepada Pemuda supaya sentiasa bersedia mendengar arahan dan jangan sesekali melakukan perkara negatif yang memungkinkan harapan parti itu terkubur.

" Biarpun kita diganggu dan diancam dengan undi pos di Bagan Pinang ini. Saya yakin kita masih mempunyai peluang yang cerah di DUN Bagan Pinang ini asal sahaja kita mempunyai komitmen yang tinggi, bekerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita".

Bagi Siew Foke pula, UMNO-BN katanya semakin hilang sengat. Bagi DAP, gagasan parti-parti perkauman itu dalam keadaan tertekan dan terdesak memenangi Bagan Pinang.

" Kita nampak UMNO sudah ketandusan isu. Sudah bankrap idea. Tidak ada idea baru. Tidak ada cara baru untuk mendekati hati rakyat. Tidak ada cara untuk menangkan pilihanraya. Todak ada cara untuk berkempen. Balik-balik cara yang lama" ujarnya kepada sidang hadirin.

Malah Siew Foke yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, taktik UMNO-BN yang sering menyogok rakyat dengan pembangunan tidak akan berhasil di Negeri Sembilan.

Pembangunan apa lagi yang diharapkan oleh rakyat Negeri Sembilan sekiranya insfrastruktur yang sudah sedia ada juga telah lama terbengkalai.

" Kita sudah nampak masa kita masuk Kampung Bagan Pinang tadi. Sudah mula lah. Hari Sabtu pun sudah ada kerja sekarang. Kontraktor kelas F semua gembiralah. Musim perayaan untuk mereka sekarang ini. Banyak projek dapat" tambahnya lagi.

Manakala bagi Ketua Angakatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar, Bagan Pinang bukan hanya satu laluan yang sukar kepada kepimpinan Umno malah mereka turut menghadapi krisis untuk memulakan pertarungan sengit ini.

Beliau berkata demikian kerana parti itu ujarnya dalam dilema untuk menentukan siapa calon mereka nanti.

" UMNO sekarang ini mengalami satu sindrom takut nak jadi calon. Berapa banyak calon-calon UMNO hilang pekerjaan. Formula Manek Urai, terbarai. Dulu pengarah sekarang penganggur. Problem. Kawan saya di Permatang Pasir, tak apalah dia lawyer tapi susah juga nak jawab bini nombor dua. Kalau tak jadi calon tak apa. Sudah jadi calon keluar semua. Kalah pula tu".

Sebelum ini heboh diperkatakan UMNO akan meletakkan mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon mereka di Bagan Pinang.

Malah menurut Shamsul lagi, mungkin ada benarnya meletakkan Isa Samad kerana beliau sememangnya sudah kaya dan tidak risau sekiranya kehilangan pekerjaan.

Namun begitu katanya, UMNO-Barisan Nasional meletakkan diri mereka dalam zon merbahaya kerana Isa Samad cukup sinonim dengan kes rasuah.

TVA

Saturday, September 26, 2009

Sekitar Pelancaran Jentera Pemuda Bagan Pinang





Rasuah: Malaysia merudum lagi, negara Islam tercorot - Harakah

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikelaurkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.

Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.

Negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura.

Di Malaysia, negara menanggung kerugian sebesar RM10 bilion setahun akibat rasuah - iaitu jumlah yang mencukupi untuk membina lebih dari 150,000 kos rendah jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000.

Dalam laporannya, TI membangkitkan amalan keluar masuk yang berterusan di antara bidang politik dan perniagaan di mana pihak tertentu bertukar-tukar tempat dari kedudukan sebagai ahli politik kepada ahli perniagaan atau dari ahli perniagaan kepada ahli politik dan terus keluar masuk di antara kedua-dua bidang itu.

Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep semak dan imbang.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.

Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati.

Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil usaha memerangi rasuah itu. _

Harakah

Majlis Pelancaran Jentera P'raya Pemuda PR Bagan Pinang


Tarikh: 26 September 2009 (Sabtu)
Masa: 4.00 Petang
Tempat: Markaz Pemuda Kg. Bagan Pinang, Port Dickson, N9

Friday, September 25, 2009

'Undi pos cabuli hak perlembagaan' - Malaysiakini

Angkatan Muda PKR menyifatkan halangan sesetengah pemilih pos membuang undi di tempat awam sebagai mencanggahi Perlembagaan Persekutuan dan menggesa ia dibahaskan secara serius.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata tindakan memaksa anggota tentera atau pasangan mereka mengundi seperti pemilih lain mencabul Perkara 8 perlembagaan yang menyatakan setiap rakyat haruslah dilayan sama rata dan tanpa diskriminasi.

Isu ini wajar dikaji semula dengan jujur dan peraturan pilihan raya dipinda untuk mengelakkan anggota tentera, polis dan semua pengundi tidak hadir daripada "perasaan serba salah dan tidak bebas memilih", tambahnya.

"Keengganan untuk membuat pindaan-pindaan tersebut akan menyebabkan semua pihak terus mempunyai persepsi bahawa pihak pemerintah Umno-BN mempunyai agenda tersembunyi," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa sistem undi pos akan dikekalkan seperti diperuntukkan dalam undang-undang.

Pemuda PAS minggu lalu menyerahkan memorandum kepada SPR bagi membolehkan calonnya pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan berkempen di kem-kem askar dan balai-balai polis.

Dengan sokongan Angkatan Muda PKR dan Pemuda DAP, ia juga turut membantah keras penggunaan Borang 2 – yang merekodkan maklumat peribadi pemilih pos dan nombor siri kertas undi.

Daripada 13,664 pemilih berdaftar di DUN tersebut yang layak membuang undi pada 11 Oktober ini, 4,604 terdiri daripada pemilih pos.

Dalam satu kenyataan hari ini, Shamsul Iskandar berkata kenyataan Wan Ahmad itu "mencerminkan kedangkalan pemahaman" mengenai peruntukan untuk pengundi tidak hadir dan matlamat asas pilihan raya.

"Pilihanraya diadakan untuk membolehkan rakyat memilih dengan bebas, tanpa tekanan yang tidak sewajarnya bagi membentuk kerajaan rakyat. Kerahsiaan undi adalah satu faktor asasi dalam proses pemilihan ini," katanya.

"Tujuan diwujudkan peruntukan untuk pengundi tidak hadir adalah bagi membolehkan rakyat yang tidak bermastautin di dalam satu-satu bahagian pilihanraya menjalankan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pemilih."

Angkatan Muda PKR menyeru semua pihak menyertai "forum rakyat" bagi membincangkan secara khusus persoalan undi pos atau pengundi tidak hadir ini.

Forum ini penting bagi merungkai segala permasalahan dan kelemahan bagi memastikan setiap undi benar-benar bebas dan berkesan dalam menzahirkan kehendak sebenar rakyat, tambah Shamsul.

Sayap penting PKR itu bercadang mengambil inisiatif untuk menganjurkan forum tersebut dengan menjemput semua pihak yang terlibat, termasuk wakil SPR, parti-parti politik, wakil Angkatan Tentera Malaysia dan wakil polis.

Malaysiakini

Kesesakan punca talian Celcom terputus - Malaysiakini

Celcom (Malaysia) Berhad memaklumkan gangguan perkhidmatan rangkaiannya yang berlaku semalam disebabkan oleh node pertukaran yang terletak di Kepong dan Perda, Seberang Prai mengalami kesesakan panggilan secara serentak.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shazalli Ramly, gangguan ini diakibatkan jumlah panggilan yang lebih tinggi iaitu lima kali ganda semasa musim perayaan yang menyebabkan beberapa node pertukaran rangkaian mengalami kesesakan panggilan yang teruk dan kehilangan signal.

"Perkhidmatan mula pulih secara berperingkat mulai 9 malam ini (24 Sept) dan para pelanggan Celcom akan dapat menikmati semula perkhidmatan tanpa gangguan dalam sedikit masa lagi.

"Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh semua pelanggan akibat gangguan perkhidmatan tersebut," katanya.

Gangguan adalah terhadap perkhidmatan menerima dan membuat panggilan sesama pelanggan.

Bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), emel, GPRS, jalur lebar mudah alih, perayauan, IDD dan panggilan ke rangkaian lain dan rangkaian tetap tidak terjejas. BERNAMA

Malaysiakini

Naikkan gaji demi majukan ekonomi - Malaysiakini

Ekonomi negara akan mampu berkembang dengan lebih pesat lagi jika ganjaran atau gaji pekerja di Malaysia dapat ditingkatkan agar golongan ini dapat menyumbang dengan menambah produktiviti masing-masing, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita lihat pendapatan semua peringkat daripada pekerja sehinggalah yang lain amatlah rendah walaupun pengurus-pengurus GLC (syarikat berkaitan kerajaan) mendapat gaji yang besar tapi yang lain semua dapat gaji yang kecil," katanya semasa melawat limbungan kapal NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang dekat Banting hari ini.

Tanpa gaji yang lebih tinggi, negara tidak akan dapat mencapai pertumbuhan yang pesat, kata Dr Mahathir dan menambah bahawa peningkatan gaji perlu seimbang dengan kerja yang dilakukan.

Beliau berkata apabila produktiviti pekerja meningkat, syarikat akan mendapat keuntungan yang lebih dan majikan tentunya akan membalasnya dengan memberi pendapatan yang lebih kepada pekerja.

Pada masa yang sama, Dr Mahathir juga menuntut para pekerja supaya mempunyai kesetiaan kepada syarikat masing-masing seperti pekerja di Jepun yang secara tidak langsung kesetiaan mereka menyumbang kepada kemajuan negara itu.

Dr Mahathir berkata banyak pengimpal dari Malaysia kini "dipancing" oleh syarikat dari Timur Tengah yang menawarkan gaji tiga hingga empat kali ganda daripada gaji mereka sekarang yang tidak mampu ditawarkan oleh majikan di negara ini.

Beliau berkata Malaysia tidak lagi boleh bersaing di peringkat antarabangsa dengan kos buruh yang murah kerana ada di antara negara-negara tertentu yang mempunyai kos buruh yang rendah tetapi memiliki produktiviti yang lebih tinggi di mana seorang pekerja boleh melakukan kerja yang dilakukan oleh dua tiga orang pekerja.

Mengenai NGV Tech, Dr Mahathir berkata beliau yakin syarikat itu yang mampu membina pelbagai jenis bot dan menerima tempahan bukan sahaja dari negara Timur Tengah bahkan dari Eropah untuk kegunaan di pelantar minyak dan rondaan pantai, akan dapat membina kapal yang lebih besar satu hari nanti.

NGV Tech menerima 90 peratus tempahan bot dari pelanggan luar negara dan 10 peratus daripada tempahan tempatan.

Dr Mahathir berkata jika dahulu agak sukar untuk mengajak syarikat-syarikat pembina kapal dari Korea Selatan untuk beroperasi di Malaysia kerana mereka kurang berminat tetapi kini keadaan itu bakal berubah.

Pengerusi NGV Tech Zulkifli Shariff dalam ucapannya berkata syarikat itu kini dalam rundingan peringkat akhir untuk membeli 70 peratus saham sebuah syarikat membina kapal di Korea Selatan.

Kisah pedang polis, tentera

Dr Mahathir berkata oleh itu syarikat-syarikat tempatan seperti Petronas seharusnya membantu syarikat tempatan seperti NGV Tech dengan menempah bot-bot untuk kegunaan mereka daripada syarikat itu.

Buat masa ini tiada pesanan bot diterima dari Petronas tetapi NGV Tech menerima pesanan dari negara-negara Eropah, Arab Saudi dan Yaman.

Dr Mahathir berkata: "Saya yakin rakyat Malaysia mempunyai kebolehan dalam semua bidang. Hanya yang diperlukan ialah sokongan dan sokongan dari kerajaan amatlah penting walaupun kita tidak harus bergantung kepada kerajaan sepanjang masa."

Beliau berkata ada di antara syarikat Malaysia yang mampu menghasilkan produk yang berkualiti tetapi terpaksa dieksport kerana tidak mendapat sambutan di dalam negara.

Sebagai contoh, Dr Mahathir berkata ada syarikat kawannya dahulu yang mampu menghasilkan pedang yang digunakan dalam istiadat Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia tetapi syarikat itu tidak mendapat tempahan daripada kedua-dua pasukan itu yang menempahnya daripada pembekal di Eropah.

Bagaimanapun, beliau berkata kemudian didapati pembekal dari Eropah itu mendapatkan bekalan pedang berkenaan daripada syarikat rakannya yang kemudian dijual kepada kedua-dua pasukan tersebut pada harga yang lebih mahal sedangkan ia dapat dibeli dengan murah jika dibeli dari syarikat tempatan.

"Kita beli kerana nama syarikat asing. Kalau kita buat sendiri, kita tidak begitu yakin," kata Dr Mahathir lagi.

Oleh itu beliau berkata syarikat NGV Tech merupakan satu contoh kepada syarikat-syarikat lain terutamanya yang diterajui orang Melayu bahawa kaum Bumiputera boleh mempunyai syarikat sendiri dan pekerja sendiri serta mampu mengeluarkan bot-bot yang canggih untuk memenuhi hasrat pelanggan, katanya.

NGV Tech yang beroperasi di tapak seluas 24 hektar di tepi Sungai Langat di sini dengan mempunyai 2,000 pekerja bagi menyiapkan 130 buah bot atau kapal yang bernilai lebih RM3.0 bilion. BERNAMA

Malaysiakini

Thursday, September 24, 2009

Apakah Pakatan Rakyat Bersedia Bentuk Kerajaan? - Zaid Ibrahim - TVA



Akhbar The Star telah memberi tumpuan dan perhatian rapi terhadap cadangan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang akan dibentangkan di Konvensyen Pakatan Rakyat pada hujung tahun ini. Penulis rencana itu Joceline Tan menulis panjang lebar dalam kolumnya dua hari sebelum hari raya. Ini diikuti pula oleh penulis bebas Baradan Kuppusamy tiga hari kemudian.

Mereka nampaknya mahu tahu sejauh manakah realistiknya harapan bahawa PAS, DAP dan KeADILan dapat mencari muafakat dalam hal-hal sensitif dan berbeza. Rakyat jelata pun ingin tahu sejauh mana Pakatan Rakyat sanggup melaksanakan janji-janji dalam manifesto mereka.

Memang usaha mencari kata sepakat ini sukar dan amat mencabar sekali. Saya sedar tentang perkara ini tetapi kita ada tanggung jawab kepada rakyat bahawa Pakatan ini bukan hanya sekadar pakatan membantu satu sama lain sewaktu pilihan raya sahaja.

Ianya juga bukan sekadar pakatan untuk mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional tanpa mampu melaksanakan bersama dasar-dasar yang kita janjikan dalam manifesto. Memang usaha ini sukar tetapi ini mesti kita cuba laksanakan, dan cuba mencari muafakat terlebih dahulu.

Sebagai contoh, bila Dewan Undangan Negeri Selangor mengadakan Select Committee on Competency, Accountability & Transparency (SELCAT) untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam pentadbiran negeri, sepatutnya PAS menyokong usaha ini.

Kalau PAS menyokong, mengapa pemimpin PAS Selangor Hassan Ali dibiarkan mencabar badan ini yang dipengurusikan oleh Speaker Dewan? Apa guna PAS berjanji dalam manifestonya untuk menjadi sebuah kerajaan yang telus, yang mahu memansuhkan Akta Rahsia Rasmi (OSA), yang mahu menggubal undang-undang baru Hak Mendapatkan maklumat (Freedom of Information Act), jika usaha murni awal SELCAT di Selangor telah pun disanggah dan dicabar oleh PAS.

Berhubung cadangan menggubal Akta Hak Mendapatkan Maklumat yang sememangnya terkandung dalam manifesto parti-parti Pakatan Rakyat pada tahun 2008, pihak yang sudah pun menguasai kerajaan negeri sepatutnya mengorak langkah ke arah pelaksanaan usaha ini. Maksud saya, KeADILan yang menerajui Selangor, PAS yang memimpin Kelantan dan Kedah serta DAP di Pulau Pinang, sepatutnya dapat melakukan sesuatu ke arah menjayakan hasrat ini. Tak payah tunggu nak sampai ke Putrajaya.

Untuk menjayakan undang-undang ini, mungkin masih perlu hal-hal tertentu terus diklasifikasikan sebagai “sulit” tetapi inilah masanya kita buka rahsia-rahsia kerajaan selama ini supaya rakyat dapat maklumat yang akan membawa kepada pentadbiran yang lebih telus dan kurang rasuah.

Kita harus terima hakikat bahawa kerajaan yang terbuka akan memberi peluang yang lebih adil kepada rakyat. Khalid Ibrahim di Selangor dan Husam Musa di Kelantan telah pun membuat kenyataan terbuka tentang kesedian mereka melaksanakan dasar ini, tetapi sampai sekarang belum tercapai hasrat itu.

Itulah beza antara janji dan pelaksanaan. Janji mudah dilafazkan tetapi melaksanakannya memerlukan pendirian dan iltizam politik yang kuat. Inilah cabaran sebenar parti-parti dalam Pakatan.

PAS misalnya telah sanggup menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara. Tetapi bagaimana pendiriannya dengan kebebasan beragama? PAS berjanji mahu memghapuskan akta-akta zalim seperti ISA dan OSA, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan sebagainya. PAS juga berjanji akan menghormati hak asasi maanusia.

Tetapi Pemuda PAS Terengganu masih lagi mahu “menangkap dan memberi nasihat” kapada anak-anak muda yang disyaki berkhalwat dengan menggunakan sukarelawan polis agama atau “moral police” sendiri.

Nampaknya mereka rasa tangkapan yang dibuat oleh pegawai bertauliah yang diberi kuasa oleh majlis agama negeri sekarang ini masih tak cukup. Pemuda PAS juga mahu mengharamkan konsert itu dan ini. Seolah-olah bagi Pemuda PAS, usaha menentang rasuah, kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan menabur api perkauman itu kurang penting berbanding usaha memastikan anak-anak muda yang baru belajar bercinta dan ingin bebas menonton hiburan disekat daripada menikmati sedikit kebebasan itu.


Rakyat ingin tahu di manakah garis panduan kebebasan yang dijanjikan dalam negara demokrasi pimpinan Pakatan Rakyat dengan dasar PAS mengenai hal-hal Islam dan bukan Islam, termasuk kebebasan individu yang sudah tentunya terhad mengikut tafsiran yang rigid. Rakyat juga ingin tahu tentang jaminan kebebasan Islam – yang dijanjikan dan yang diamalkan.

Ini kerana kebebasan dan kreativiti Islam di zaman keagungannya dahulu terkenal di seluruh dunia, tetapi yang menghairankan ialah mengapa zaman ini kebebasan Islam semakin sempit dan tertekan ?. Parti-parti dalam Pakatan harus sedia menjawab persoalan ini sebelum bermulanya Konvensyen Pakatan pada Disember depan.

TVA

Wednesday, September 23, 2009

Pecat atau Gantung, Pemberontakan MCA Semakin Marak - TVA

Meskipun keputusan pecat ditarik-balik, penggantungan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sudah memadai untuk merencat kerjaya politik pemimpin parti perkauman itu.

Pemimpin DAP, Ronnie Liu Thian Khiew, berpendapat kedua hukuman yang dikenakan keatas Chua akan memarakkan pemberontakan dalaman dalam MCA.

"Saya tidak rasa akar umbi MCA akan menerima keputusan ini. Bahkan bagi saya sendiri, baik pemecatan atau penggantungan, kesannya sama sahaja kerana ia akan menjejaskan kerjaya politik Chua Soi Lek," kata beliau.

Badan keputusan tertinggi MCA, Jawatankuasa Pusat MCA (CC) membatalkan keputusan Majlis Presiden MCA (PC) memecat Dr chua Soi Lek.

Selepas bermesyuarat hampir tujuh jam semalam, CC sebaliknya menggantung keahlian Chua selama empat tahun berkuasa serta-merta.

Keputusan ini diambil meskipun Chua tidak membuat rayuan.

Pemerhati politik berpendapat keputusan ini dibuat bagi mengekang perpecahan dalaman parti ekoran pemecatan Chua 26 Ogos lalu.

"Ini hanyalah satu taktik untuk memperlahankan kemarahan penyokong-penyokong Chua Soi Lek," kata Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Bagi Pakatan Rakyat, mengamati perseteruan antara kem Ong Tee Keat dan kem Chua Soi Lek menunjukkan pertelagahan jawatan dan kepentingan politik.

"Apa yang kita lihat kebelakangan ini, pertelagahan dalaman MCA semakin tidak relevan untuk rakyat. Pergaduhan mereka berkisar sekitar jawatan dan kepentingan politik, bukannya isu penting dan saya yakin ini tidak menarik minat rakyat jelata," tegas Tian.

Presiden Ong Tee Keat memecat ahli politik 62 tahun itu setelah PC mendapati rakaman video perselingkuhan beliau dan seorang wanita mencemar imej parti perkauman itu.

Pemecatan ini mengundang pemberontakan di dalam MCA, mendorong akar umbi mengadakan mesyuarat agung tergempar 10 Oktober nanti untuk menyingkir Ong.

TVA

Kajian pindaan ISA dibentang di Parlimen bulan depan - mStar

ALOR GAJAH: Hasil kajian semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dijangka dibentang pada persidangan Dewan Rakyat bulan depan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Beliau berkata pada masa ini kajian masih diteruskan termasuk mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak.

"Ikut perancangan, kita akan cuba bentang di Parlimen dalam sesi Bajet 2010 Oktober ini untuk pembentangan pertama," katanya kepada pemberita ketika mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Masjid Tanah dekat sini, hari ini.

Awal Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan sedang mendapatkan maklum balas mengenai ISA dan membuat kajian semula berhubung akta itu.

Mengenai pihak pembangkang yang mendakwa pembebasan lima tahanan ISA yang kesemuanya anggota Jemaah Islamiah Malaysia pada 15 Sept lepas sebagai "permainan politik" Barisan Nasional untuk meraih sokongan pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan 11 Okt ini, Abu Seman berkata "apabila kita buat sesuatu yang baik, pembangkang akan kata tidak baik kerana itu memang kerja pembangkang".

Abu Seman yang juga Anggota Parlimen Masjid Tanah berkata kerajaan membebaskan kelima-lima tahanan ISA itu selepas mendapati mereka telah pulih dan tidak lagi mengancam keselamatan negara.

"Kita bebaskan mereka ikut undang-undang tetapi pada pihak pembangkang semua yang kerajaan lakukan semuanya tidak betul," katanya.

Beliau berkata pembangkang akan mempolitikkan apa saja yang dilakukan kerajaan semata-mata untuk kepentingan politik mereka. BERNAMA

mStar

Bola Sepak: Liga Malaysia mungkin diswastakan pada 2011 - mStar

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mungkin menswastakan Liga Malaysia (LM) bagi musim 2011 jika pelbagai masalah masih lagi membelenggu perjalanan liga pada saingan tahun depan (2010).

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata antara masalah terbabit adalah kewangan seperti pembayaran gaji pemain dan pegawai, kemerosotan kualiti permainan dan kekurangan sambutan daripada penonton.

"Saingan LM musim depan akan menjadi medan terakhir FAM mencari jalan keluar daripada permasalahan itu dan kerana itu juga terdapat beberapa syarat tambahan kepada pasukan yang bertanding," katanya.

Antara syarat yang perlu dipenuhi semua pasukan adalah membayar deposit penyertaan kepada FAM dan mempunyai bukti kedudukan kewangan yang kukuh sepanjang musim bagi mengharungi saingan LM musim depan.

Pasukan yang bersaing dalam Liga Super juga perlu membayar deposit penyertaan sebanyak RM150,000 manakala RM100,000 kepada pasukan yang bertanding di dalam Liga Perdana.

Pasukan Liga Super pula perlu mempunyai bukti kedudukan kewangan berjumlah RM2.5 juta manakala Liga Perdana adalah RM1.5 juta.

"Jika semua syarat-syarat itu dapat dipenuhi dan dipandang serius oleh anggota-anggota gabungan, ia merupakan satu petanda yang baik untuk bola sepak negara ini," katanya.

Ketika ditanya kenapa FAM perlu menunggu sehingga 2011 sedangkan telah terbukti liga-liga luar negara yang diswastakan telah pun berjaya, Azzuddin berkata ia berhubung rapat dengan budaya rakyat Malaysia.

"Cara kita sebagai rakyat Malaysia adalah dengan berdialog terlebih dulu, serta memberi ruang yang secukupnya sehingga sampai satu tahap apabila semuanya telah diberi barulah tindakan diambil," katanya.

Azzuddin berkata anggota-anggota gabungan perlu menggunakan masa yang ada untuk berubah terutamanya bagi mencari dana serta mengambil insiatif sendiri untuk membuat hala tuju persatuan.

"Ini kerana di dalam beberapa aspek seperti mencari sumber kewangan serta pengurusan dan pentabdiran anggota-anggota gabungan FAM tidak boleh campur tangan kerana ia tidak dibenarkan oleh perlembagaan persatuan," katanya.

LM kini diuruskan sepenuhnya oleh FAM di mana terdapat jawatankuasa-jawatankuasa tertentu dibentuk bagi mengendalikan perjalanannya. BERNAMA

mStar

Tuesday, September 22, 2009

Perutusan Eidul Fitri 1430H - Anwar Ibrahim

Saya dan Azizah, mewakili keluarga, kepimpinan dan akar umbi KEADILAN seluruhnya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri 1430 Hijrah kepada semua sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sekalian dengan lafaz Minal Eidin walfaizin wal maqbulin. Kemaafan dipohon daripada saudara/i seluruhnya di atas sebarang keterlanjuran kata dan perilaku.

Syawal tahun ini juga disambut dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi.Penguncupan ekonomi bagi suku tahun ini amatlah membimbangkan, KDNK kekal mencatat peratusan rendah.Sudah tentu situasi ini membingungkan kita tatkala berbilion ringgit telahpun dibelanjakan. Sering saya ulangi pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi mana kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak. Amalan memacu ekonomi negara harus difahami dengan pengertian yang lebih mendalam, tidak terhad sekadar dasar yang indah di permukaan tetapi bergelodak pelaksanaannya.

Syawal juga mengajar erti persepaduan dan muafakat disamping bulan untuk memacu amal ibadat. Sabda Rasulullah SAW:

“Hendaklah kamu bersungguh di Eidulfitri ini untuk melakukan sedekah dan segala bentuk kebaikan dan kebajikan seperti solat, zakat, bertasbih serta bertahlil kerana sesungguhnya hari ini adalah hari yang Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah SWT melihat kamu dengan rahmat.”

Justeru marilah kita menyambut penjelmaan Syawal dengan keinsafan, kesabaran dan kesederhanaan. Penyempurnaan ibadah Ramadhan seharusnya mampu mengangkat darjat ketaqwaan dan menggilap roh serta semangat perjuangan menegak yang hak dan keadilan serta menolak kezaliman dan kebathilan.

ANWAR IBRAHIM

Apa yang dilakukan pembangkang 10 tahun lalu - PerakExpress

Pada tahun 1999, sebaik saja Parti keadilan Nasional (keADILan) dilancarkan pada 4 April, pembangkang mula menyusun langkah. PKN, DAP, PAS dan PRM bersatu dibawah satu pakatan pembangkang yang dinamakan Barisan Alternatif.

Walaupun ianya satu pakatan yang longgar, dan ramai yang berpendapat BA perlu didaftarkan secara sah dan mempunyai satu logo dan bendera, ianya tidak berlaku. Alasan yang diberikan ialah ianya memerlukan sekurang-kurangnya tujuh parti untuk didaftarkan sebagai pakatan dan BA tidak memenuhi syarat ini kerana ia mempunyai hanya empat parti.

Tetapi, walaupun ianya satu pakatan yang longgar tanpa mempunyai status yang sah disisi undang-undang, ataupun mempunyai satu lambing dan bendera, pembangkang boleh dianggap berjaya pada pilihanraya umum November 1999. Pembangkang bukan saja dapat mempertahankan Kelantan dengan majority yang tinggi malah ia juga memenangi Terengganu. Di Kedah, pembangkang memperolehi 8 daripada 15 kerusi Parlimen. BA tidak mampu untuk memenangi cukup kerusi untuk menawan Kedah, tetapi setahun kemudiannya, ia mampu menafikan majority dua pertiga di DUN Kedah apabila memenangi PRK Lunas.

Banyak perkara yang dilakukan oleh BA dalam masa tujuh bulan sebelum Pilihanraya Umum November 1999. Begitu juga setahun selepas itu. BA mewujudkan Majlis Presiden dimana pemimpin tertinggi keempat-empat parti bertemu sebulan sekali untuk membincangkan tentang dasar, strategi dan program. BA juga mempunyai Unit Penyelaras Media yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan media bagi pihak keempat-empat parti dibawah nama BA.

Malah, sebelum Hari Penamaan Calon dan Hari Mengundi, Unit Penyelaras Media mengadakan siding akhbar hamper setiap hari supaya media mendapat maklumat terkini. Dan Rustam Sani dari PRM dipertanggungjawabkan untuk mengetuai unit ini dan menjadi jurucakap rasmi BA. Parti-parti Keadilan, DAP, Pas dan PRM tidak digalakkan untuk mengeluarkan kenyataan media berasingan kerana tidak mahu dilihat bercanggah dengan pendirian rasmi BA.

Pakatan pembangkang mempunyai cabinet bayangan sendiri dimana setiap ‘kementerian’ diketuai oleh seorang ‘Menteri’. Dan mereka akan memantau pencapaian kementerian-kementerian yang diketuai oleh Barisan Nasional. Umpamanya, beberapa hari sebelum kerajaan membentangkan Belanjawan di Parlimen setiap tahun sekitar November, BA akan membentangkan belanjawan mereka sendiri di PArlimen dan media akan dijemput dan digalakkan bertanya soalan.

Pembangkang mengetahui apa yang terkandung dalam belanjawan kerajaan (walaupun adanya OSA), dan apa yang perlu dilakukan ialah membuat satu cadangan balas untuk belanjawan yang lebih sempurna. Beberapa kali kerajaan terpaksa menilai kembali belanjawan mereka untuk memastikan belanjawan mereka lebih baik dari pembangkang. Sekurang-kurangnya pembangkang dapat mendesak kerajaan memberikan yang lebih baik kepada pengundi dan pembayar cukai walaupun kerajaan yang mendapat nama, bukan pembangkang.

Terdapat unit kajian dan pembangunan (R&D) yang membuat kajian dan membantu menyediakan data dan statistic untuk Ahli Parlimen pembangkang. Dalam banyak perkara, ‘menteri’ pembangkang mampu mengetahui lebih baik tentang apa yang berlaku dan perkembangan didalam kementerian, berbanding Menteri kerajaan. Beberapa kali Menteri terpaksa meminta Speaker memberikan masa untuk memberikan jawapan secara bertulis kerana Menteri tidak mampu menjawab soalan dari pembangkang.

Ahli-ahli PArlimen BA lebih menyinar dari Ahli-Ahli Parlimen BN, termasuk dikalangan Menteri BN. Unit-unit, jawatankuasa dan kumpulan pemikir ditubuhkan untuk membantu parti pembangkang dan pemimpin pembangkang begitu professional dan efektif sehingga menyebabkan Ahli Parlimen BN dilihat lebih bodoh.

Balik kepada tahun 1999, pembangkang pada masa itu mempunyai ahli politik, aktivis, ahli akademik dan cendekiawan. Satu pasukan yang cukup mantap. Terdapat professor, pensyarah, wartawan, penulis dan apa saja. Barisan Alternatif mempunyai pemikir-pemikir yang terbaik. Dan mereka ini sangat kreatif dan progresif dan bersedia melakukan perkara-perkara baru, kebanyakannya berjaya dilakukan dengan keputusan yang cukup positif. Pasukan ini benar-benar memberikan satu makna baru dalam politik baru.

Barisan Alternatif mempunyai Manifesto Bersama BA, tentang apa yang dimahukan oleh BA, bukan apa yang dimahukan oleh Keadilan, Pas, DAP atau PRM. Apa yang dimahukan oleh PAS, DAP, Keadilan dan PRM, tidak penting. Apa yang dimahukan oleh BA lebih penting. Dan Manifesto Bersama BA sangat jelas dan pengundi amat meminatinya.

Kemudian PAS membuat keputusan untuk melakukan apa yang baik kepada partinya dan bukan apa yang baik terhadap pakatan. Ia mencadangkan undang-undang Islam di Terengganu. Dan DAP kemudiannya melakukan apa yang baik untuk partinya dan bukan apa yang baik terhadap pakatan. DAP meninggalkan BA kerana memprotes dan menentang cadangan undang-undang Islam Pas. Kemudian, Keadilan dan PRM bersatu menjadi sebuah parti.

Kemudian, pada Pilihanraya Umum berikutnya pada tahun 2004, parti-parti pembangkang memutuskan untuk tidak bekerjasama sebagai pakatan sebaliknya bertanding secara solo. Didalam beberapa kawasan pilihanraya, terdapat pertandingan tiga atau empat penjuru. Pembangkang bukan saja kalah teruk, malah ada yang kehilangan wang pertaruhan.

Pembangkang disembelih. DAP, PAS, Keadilan dan PRM merasakan mereka tidak memerlukan satu sama lain. Masing-masing merasakan mereka mampu melawan Barisan Nasional secara solo, dan kemudian bersatu membentuk kerajaan baru. Pembangkan tewas. Bukan saja gagal membentuk kerajaan, malah ada yang kehilangan deposit.

Ianya sangat memalukan.

Pembangkang menjadi angkuh. Terlalu takbur. Malah merasakan Tuhan pun tidak dapat menahan mereka dari membentuk kerajaan. Dan mereka tidak memerlukan pakatan untuk membentuk kerajaan. Malah ada yang merasakan mereka mampu menewaskan Barisan Nasional tanpa pakatan.

Mungkin mereka juga merasakan perkara yang sama terhadap Titanic apabila mengatakan Tuhan pun tidak mampu menenggelamkan kapal tersebut. Tetapi ia karam, sama seperti parti pembangkang karam pada tahun 2004. Ia menjadi satu pengajaran yang tidak mungkin dilupakan untuk satu jangka masa yang panjang.

Pada tahun 2008, parti-parti pembangkang kembali bersatu sebagai Pakatan Rakyat. Dan ianya lebih baik dari tahun 1999, tetapi belum mencukupi. Pakatan Rakyat perlu melihat kembali apa yang dilakukan oleh BA pada tahun 1999 dan mengulangi kejayaannya. Malah, hari ini, PR mampu berbuat lebih baik dari BA pada tahun 1999 kerana hari ini, lebih ramai yang yakin dengan Pakatan Rakyat.

Pembangkang sekali lagi menjadi angkuh. Kita mengharapkan mereka tidak menjadi besar kepala seperti yang mereka lakukan pada tahun 2000-2001. Sekiranya ia berlaku, maka pada pilihanraya yang akan datang, atau bila-bila masa saja pun, bala yang berlaku pada 2004 sudah pasti akan berulang.

Ramai cerdik pandai diluar sana bersedia memberikan sumbangan masa dan pemikiran mereka untuk pembangkang.Malah, setengah daripada mereka sanggup mengeluarkan wang mereka sendiri dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Tetapi pembangkang perlu berhenti berfikir bahawa mereka sudah pandai dan tidak memerlukan bantuan orang lain. Semua orang memerlukan bantuan, terutamanya pembangkang. Cuma perlu tahu siapa yang perlu ditanya. Dan kalau pembangkang terlalu angkuh dan besar kepala dan merasakan mereka tidak memerlukan sesiapa kerana mereka mampu melakukannya bersendirian, maka bersedialah untuk diajar dalam pilihanraya akan datang.

Dan memang patut pembangkang diajar.

(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal karya Raja Petra What the opposition did right ten years ago yang disiarkan di Malaysia Today.)

PerakExpress

Friday, September 18, 2009

Anak bekas S/U sulit Pak Lah didakwa miliki bom tangan - Malaysiakini

Anak kepada bekas setiausaha sulit mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya hari ini terhadap pertuduhan memiliki sebutir bom tangan.

Muhammad Ezra Rusli, 27, didakwa memiliki bom tangan jenis Grenad (M213) di sebuah rumah beralamat C2-67 D'Shire Villa, Jalan Camar 4, Kota Damansara, pada jam 1 tengah hari 8 September lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 8. Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Shah Rizal Abdul Manan tidak menawarkan sebarang wang jaminan kerana ia adalah kesalahan yang serius dan tidak boleh dijamin.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan 19 Oktober untuk sebutan semula kes itu.

Sementara itu, Muhammad Ezra, seorang peniaga, turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya terhadap dua pertuduhan iaitu mengugut dan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap bapanya, Rusli Abdul Malik, 61.

Muhammad Ezra didakwa mengugut untuk membunuh bapanya dengan menggunakan sepucuk pistol jenis Glock mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap bapanya itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di antara 3.30 petang hingga 5 petang, pada tarikh dan di tempat yang sama.

Majistret Aishah Hijriah Arshad tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Okt untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan sama ada tertuduh perlu dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemeriksaan kesihatan dan untuk melantik peguambela.

- Bernama

Malaysiakini

ADUN Kerdau kemalangan - Malaysiakini

ADUN Kawasan Kerdau, Zaharuddin Abu Kassim cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 116.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat hentian rehat Lanchang, Temerloh malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10.15 malam itu, Zaharuddin, 63, bersama seorang rakannya sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan melawat kawasan DUN Kerdau di Temerloh.

Setiba di lokasi kejadian, kenderan jenis Perdana V6 yang dipandunya dipercayai terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

Zaharuddin yang dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh menerima lima jahitan di kepala selain turut mengalami kecederaan ringan di bahagian badan, manakala rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Ahmad Fadzillah Mohamed mengesahkan kejadian berkenaan.

- Bernama

Malaysiakini

Perutusan Lebaran Barisan Pimpinan Kelab Anwar Ibrahim - Anwar Ibrahim


Kepada semua ahli Kelab Anwar Ibrahim (AIC) yang dikasihi,

Syawal mula menampakkan sinarnya, gemilang sebulan berpuasa hampir tiba ke kemuncak. Beberapa hari lagi kita akan menyambut keriangan Aidil Fitri, disambut teman,sahabat, saudara mara, keluarga dan yang tersayang.

Di kesempatan ini, Pimpinan AIC ingin mengambil kesempatan menyusun jemari, menebar hati memohon ampun dan maaf sesama kita seandai ada terkasar bahasa, terguris di dada, terlanjur perbuatan, terlepas tingkah hingga mencuit rasa hati teman teman perjuangan. Sesungguhnya ia bukan datang atau hadir berserta niat untuk mencari perbalahan, cuma mungkin pendapat kritis yang terlalu jauh berbeda.

Dahulukan agama, tinggalkan seketika fahaman minda, hentikan permusuhan dan dendam. Atas nama Islah, ucapan maaf ini dipohon agar bersama kita mendapat keberkatanNYA dan, InsyaALLAH Syawal kali ini menjernihkan yang kelam, menyeri yang pudar.

Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin buat kalian teman perjuangan, bersama kita pimpin ukhwah ini agar tidak terlerai.

Dari,

Barisan Pimpinan AIC 2009

Parti politik tak dibenar berkempen dalam kem tentera - mStar

SEREMBAN: Parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera kerana bentuk tugas anggota tentera bersifat keselamatan di tahap yang tinggi, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

"Rosak negara ini kalau askar ini diberi kebenaran untuk berparti politik. Kalau dia nak berpolitik lepas bersara, itu lainlah," katanya kepada pemberita di sini selepas menyampaikan sumbangan hari raya Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) peringkat Negeri Sembilan kepada 234 penerima melalui skim bantuan kebajikan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

Semalam, Pemuda Pas mendesak agar parti itu dibenarkan berkempen di kemkem tentera pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Terdapat beberapa kem tentera dalam kawasan itu yang didiami ramai pengundi pos terdiri anggota tentera.

Abdul Latiff berkata anggota tentera dibenarkan mengundi pada pilihan raya kerana itu hak mereka di sisi perlembagaan negara.

"Negara kita sebuah negara demokrasi, bermakna anggota tentera bebas untuk mengundi. Sebab itu ada juga di kalangan mereka ini mengundi parti pembangkang. Jadi, apa pasal dia (pembangkang) nak takut.

"Adakah bila dia (tentera) mengundi parti pemerintah tak bagus, tapi kalau mengundi dia (pembangkang) bagus dan ini (baru) dikatakan satu pilihan raya yang adil?" katanya.

Abdul Latiff juga berkata Akta Veteran ATM kini di peringkat draf terakhir sebelum dibawa ke kabinet dan Parlimen untuk diluluskan.

Katanya undangundang itu dirangka untuk membela nasib anggota tentera keseluruhannya. BERNAMA

mStar

Setelah 6 jam Mat Sah bersua isteri, anak tercinta... - Harakah

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Kali ini giliran Mat Sah Mohd Satray, 46 pula menitiskan air mata. Begitu hening pagi tadi tatkala melihat kelibat isteri dan anaknya yang telah ditinggalkan secara paksa selama hampir 8 tahun.

Mereka baru bersua jam 2 pagi tadi sehinggalah sekarang, masih tidak tidur lagi. Perasaan mereka bertiga anak beranak masih bercampur baur. Gembira, sayu dan terasa janggal pun ada. Tidak terbit kata-kata pada awalnya. Masing-masing melayan perasaan.

Tepat jam 5 pagi, tiga beranak ini bersahur buat pertama kalinya setelah terpisah sekian lama. Rendang daging, telur mata kerbau dan nasi antara santapan. Dan juadah dijamu cukup berselera dan paling enak dirasa.

"Perasaan saya masih bercampur-baur. Nak kata gembira sangat pun tak, sedih pun ada

"Dan terkejut melihat anak yang dah besar...ketika saya tinggalkan usianya baru 9 tahun," demikian mukadimah Mat Sah ketika menceritakan perasaannya setelah dibebaskan.

Mat Sah kelihatan agak susut badannya, mengenakan baju t-shirt berwarna putih dan berseluar 'track' hitam begitu tenang menerima kunjungan Harakahdaily seawal jam 9 pagi.

Sambil duduk rapat dan erat dengan anaknya, Suhaib 16 seolah-olah tidak mahu lagi berenggang, Mat Sah dengan nada sebak merasa cukup pilu apabila mengenangkan anaknya itu membesar tanpa ayah.

Dia dipaksa berpisah dengan anaknya, pada April 2002, apabila sepasukan polis dengan kekuatan 20 orang anggota datang menyerbu dan mengeledah isi rumahnya. Habis siling rumah dipecah dan tilam dibongkar. Malah malam yang sama, rumah abangnya juga turut disergah, disepah gara-gara pihak berkuasa menyangka abangnya itu Mat Sah.

Semenjak itu, hanya doa dan gambar menjadi teman di bilik kurungan.

Mat Sah, kemudiannya dikurung secara bersendirian selama tiga tahun, gara-gara isterinya Norlaila Othman begitu lantang memperjuangkan nasib suami dan tahanan yang lain termasuk 'menyerbu' bekas Perdana Mneteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya dengan memo bantahan di tangan.

"Saya dituduh salah akidah. Terlibat JI, KMM, Wahabi dan sabotaj Pelabuhan Klang...dipaksa mengaku salah...

"Kenapa perlu mengaku kerana saya tidak bersalah. Oleh kerana itu, tempoh tahanan saya dilanjutkan setahun ke setahun...," kata Mat Sah dengan nada yang serak dan perlahan.

Selama 8 tahun itu, dia memendam rasa rindu teramat sangat terhadap anak dan isteri namun menguatkan hati yang adakalanya 'kecundang' dengan membasahkan bibir dengan kalimah ayat-ayat suci al-Quran sehingga dapat menghafal banyak surah-surah panjang.

"Kalau terlalu rindu sangat, peluk bantal yang dilekatkan gambar anak...," katanya sambil sesekali menjeling Suhaib.

Beliau menceritakan, tiada aktiviti dan program khusus di Kamunting, tetapi meluangkan masa dengan banyak membaca buku dan bergaul dengan rakan-rakan.

"Pagi-pagi kami disuruh keluar mengadap bendera menyanyi..lepas itu aktiviti sendiri. Cuma enam bulan sekali polis datang soal siasat dan ada masa di bawa ke Kuala Lumpur untuk 'kursus' basuh minda ataupun betulkan akidah.

"Diaorang selalu beritahu pentingnya ISA ini dan harap isteri saya serta GMI akan menghentikan perjuangan. Kata mereka jika, ISA tak ada, Malaysia akan huru hara dalam masa 5 bulan," jelasnya yang sekali-kali tidak setuju dengan pendapat mereka.

Kata Mat Sah, penahanannya sudah jelas menunjukkan ISA tidak adil dan tidak menepati kehendak Islam dan secara berterus-terang tanpa takut memberitahu pegawai-pegawai soal siasat, bahawa Akta itu mesti dimasuhkan.

Beliau pada awalnya tidak menyangka akan dibebaskan kerana sudah 7 kali ditipu oleh pihak berkuasa yang berjanji untuk melepaskkannya setiap tahun menjelang Hari Raya.

Ditanya tentang persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, Mat Sah tidak mempunyai sebarang perancangan memandangkan beliau perlu menyesuaikan diri dan berehat dengan keluarganya. Norlaila yang disisi kemudiannya mencelah cuba menerangkan realiti pahitnya kepada Harakahdaily.

"Tak buat persiapan apa-apa...apa makna Hari Raya bila suami disekat tak boleh jalan malam, tak boleh keluar kawasan...dan tak boleh balik kampung.

"Baju yang dipakai pun pinjam baju anak...'Mereka' ini semua tak fikir kesusahan orang. Dah bebas pun susahkan orang lagi...yang dia tahu buat peraturan sahaja," kata Norlaila.

Bagi Suhaib, kepulangan Mat Sah sangat dinantikan walaupun terpaksa mengambil masa untuk serasikan diri dengan ayahnya.

"Masa saya kecil, selalu jogging dengan ayah waktu cuti. Zaman kanak-kanak saya telah berlalu begitu sahaja tanpa ayah.

"Dan selepas ini saya terpaksa ambil masa nak bersosial kembali dengan ayah, sebab terlalu lama." kata Suhaib meluahkan isi hati.

Walaupun masih sebak, sesekali Mat Sah sempat bergurau dengan Harakahdaily tentang kematangan dan kedewasaan anaknya Suhaib yang tidak 'sempat' dikecapi dan dilihatnya.

"Saya masih terkejut lagi melihat anak saya ini. Dia membesar tidak ikut kebiasaan, tidak diberi kasih sayang oleh seorang ayah. Tengoklah ni...bulu kaki pun dah tumbuh.." katanya tersenyum.

Sambil itu, Mat Sah turut memberitahu makanan yang paling dirinduinya selama menjadi tahanan di Kamunting ialah Rendang Ayam dan Daging, dan sahur pagi tadi makanan kesukaan itulah menjadi menu hidangan sungguhpun bukan dari masakan isterinya.

"Kalau di Kamunting, masak kari rasa tomyam, masak tom yam rasa ntah apa-apa...

"Cuma adalah kawan-kawan tahanan yang pandai masak...terubat jugalah rasa nak makan sedap," kata bekas kakitangan Dewan Bahasa dan Pusataka itu.

Norlaila yang tidak berkesempatan memasak kerana baru pulang dari Sabah bagi misi menyampaikan sumbangan derma Tabung Harakahdaily untuk 7 buah keluarga mangsa ISA.

Beliau bersama anaknya dan Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman ke negeri bawah bayu itu pada 15 Sepetember lalu dan menerima berita pembebasan suaminya itu melalui panggilan dan sms rakan-rakan media alternatif.

"Tak boleh tidur saya semalam dan pagi ni lagilah tak boleh tidur...

"...sebab baru nak 'berkenalan' dengan orang yang dah hilang lama ni," kata Norlaila tersenyum.

Ketika ditanya apa-apa perubahan isterinya sekembalinya daripada kem itu, Mat Sah kagum dengan isterinya yang menunjukkan komitemen dalam perjuangan menentang ISA dan sudah mula sibuk dengan jemputan dan aktiviti yang dirancang.

"Dari segi cantik, macam biasa jelah...cuma nampak semakin sibuk dan aktif," katanya tersenyum melihat Norlaila yang kelihatan 'geram' dengan usikan suaminya itu.

Buat sementara ini, kata Mat Sah belum sempat untuk berfikir akan akan perancangannya di masa akan datang seperti bekerja kembali apatah lagi dengan sekatan dan peraturan yang dikenakan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini.

"Saya nak berehat dulu... dan mungkin selepas Hari Raya baru nak fikir, berniaga ke atau bekerja semula. Buat masa ini masih nak serasikan diri dulu dengan keluarga," katanya sambil mengakhiri perbualan dan berpelukan dengan krew Harakahdaily.

Hari ini, Mat Sah yang baru 'berkenalan' dengan keluarganya 6 jam lalu, mempunyai jadual padat dengan tetamu, NGO, aktivis dan wakil pihak media yang bakal bertemu untuk mendapat kisah dan ceritanya.

Ternyata, raut ceria dan bahagia terpancar di wajah ketiga-tiga beranak ini dan yang pasti Aidilfitri kali ini cukup beerti dan tidak lagi sunyi...

Harakah

PRK Bagan Pinang: BN 55% : PR 45%? - Pemuda Cheh

Dalam PRK kawasan parlimen Teluk Kemang pada tahun 1999, pembangkang dibenarkan untuk berkempen di kem tentera. Apabila peti undi dibuka, undi pos yang diperolehi PAS dan UMNO tidak jauh berbeza. Sejak insiden itu berlaku, pembangkang tidak lagi dibenarkan untuk berkempen di kem tentera.

Majoriti 2,333 undi yang diperolehi UMNO-BN dalam PRU ke-12 di Bagan Pinang, Negeri Sembilan sedikit sebanyak memalapkan harapan PAS-PR untuk menembusi kubu ini. Namun, seandainya PR menang dalam pertempuran ini, maka UMNO akan berdepan dengan "Waterloo" mereka.

Demikianlah pandangan daripada Pengarah Pilihan raya kecil Bagan Pinang, merangkap Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar kanan) ketika ditemuramah MerdekaReview. Beliau mengakui bahawa PR menghadapi kesukaran untuk menang dalam PRK Bagan Pinang.

"...Seandainya kami dapat merapatkan jurang majoriti, ini mesej yang sangat buruk untuk UMNO," katanya.

Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa PAS bertanding untuk menang, agar reformasi yang dibawa PR bersinambung. Bekas Ketua Pemuda PAS ini juga percaya, pertarungan ini bertambah sengit apabila UMNO dilihat bersungguh-sungguh mempertahankan kubu mereka, malah terdapat 4,604 undi pos di kawasan tersebut.

BN 55% vs PR 45%

Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar, PAS memperolehi 4,097 undi dalam PRU ke-12. PAS mendapat sokongan 43% Melayu, 56% Cina dan 54% India.

Malah, Naib Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PKR Negeri Sembilan, Chai Tong Chai berkongsi pendapat yang sama dengan Zuklifli Omar, bahawa PR perlu memandang berat dan menarik undi pos. Oleh itu, PR akan cuba sedaya-upaya agar dibenarkan untuk memantau proses pengundian dalam kem tentera.

Dalam PRK kawasan parlimen Teluk Kemang pada tahun 1999 pembangkang dibenarkan untuk berkempen di kem tentera. Apabila peti undi dibuka, undi pos yang diperolehi PAS dan UMNO tidak jauh berbeza. Sejak insiden itu berlaku, pembangkang tidak lagi dibenarkan untuk berkempen di kem tentera.

Chai Tong Chai meramalkan senario kini memperlihatkan BN mendahului PR dengan 55:45. Namun, ADUN Chuah ini berkata, apabila tokoh seperti Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang turun ke gelanggang untuk berkempen, maka undi yang bakal diperolehi PR mungkin melonjak.

PR mesti pantau undi Pos

Malah, pada PRU ke-12, BN memperolehi 3,080 undi daripada 4,800 undi pos, sementara PAS hanya mendapat 1,189 undi. Tetapi kira-kira 500 undi pos tidak dikirim balik. Chai Tong Chai menjangka bahawa undi yang tidak dikirim balik itu mungkin disebabkan ketidakpuasan pengundi. Seandainya PR mengekalkan 1200 undi yang diperolehi sebelum ini, dan cuba mendapatkan 500 undi yang tidak dikirim balik sebelum ini, maka PR berpeluang untuk merapatkan jurang bilangan undi.

Chai Tong Chai berkata, statistik SPR menunjukkan lebih setengah pengundi kawasan Bagan Pinang adalah daripada golongan muda, dan ini merupakan faktor yang memihak PR.

Bagan Pinang adalah kawasan desa-bandar. Pelancongan menjadi tunjang aktiviti ekonominya. Pengundi di situ dapat akses kepada internet dan infomasi yang lain dengan mudah. Oleh itu, PR menjangkakan bahawa pengundi akan berprihatin terhadap isu-isu seperti ketelusan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sebagainya.

Calon PAS

Namun, siapa pula calon PR untuk bertanding di kubu UMNO ini? Sehingga kini, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar dilihat mempunyai peluang yang paling cerah untuk menyarung jersi PAS kali ini.

Ketika ditanya MerdekaReview, Zulkifli Omar enggan mengesahkan bahawa dirinya salah seorang calon yang dicadangkan dalam senarai PAS. Beliau hanya memaklumkan bahawa PAS Negeri Sembilan telah menamakan tiga orang pemimpin untuk ditentukan AJK pusat.

Pemuda Cheh