Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, October 7, 2008

Bantahan Tidak perlu permohonan bertulis - Peguam Anwar

KUALA LUMPUR, 7 OKTOBER (SK) - Mahkamah menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh pendakwa terhadap keputusan untuk memindahkan kes Anwar Ibrahim dari mahkamah syeksen ke mahkamah Tinggi yang menyatakan makamah syeksen tidak mempunyai bidang kuasa untuk menerima bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan tersebut.

Pihak pendakwa berhujah bantahan tersebut mesti dibuat melalui pemohonan bertulis bagi memasukan ifidafit Anwar mengikut prosuder.

Bagaimanapun pihak pembela berhujah bantahan awal terhadap pemohonan pindah kes tersebut ke mahkamah tinggi tidak memerlukan permohonan bertulis.

Mahkamah ditangguhkan ketika ini dan akan bersambung semula sebentar lagi.

Hari ini, Mahkamah akan memutuskan sama ada kes pendakwaan terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau tidak.

Ini berikutan bantahan yang dibuat oleh barisan peguam Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah mempertikaikan campurtangan Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang menandatangani perintah untuk memindahkan kes pendakwaan terhadap tuduhan liwat keatas Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Sumber: Suara Keadilan

No comments: