Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, October 9, 2008

Biadap di rumah terbuka Aidilfitri, Hindraf cabar Syed Hamid

BUTTERWORTH, 9 Okt (Hrkh) - Penyelaras Hindu Rights Action Force (Hindraf) Kebangsaan, R.S Thanenthiran mencabar Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar supaya buktikan secara bergambar Hindraf bersikap biadap sewaktu rumah terbuka Perdana Menteri dan Menteri-menteri kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Katanya, sebagai seorang Menteri beliau tidak wajar bertindak seolah tidak bertamadun kerana bercakap tanpa menyaksikan sendiri kejadian tersebut.
"Hindraf mencabar Syed Hamid Albar supaya buktikan dulu kejadian biadap yang dimaksudkan semasa kami berada dalam program rumah terbuka Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di (PWTC) sebelum bertindak mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan," tambahnya.


Jelas beliau, Umno dan kepimpinannya sengaja mencetuskan suasana gempar pada perhimpunan itu dengan mengeluarkan kenyataan serta pendedahan media yang tidak profesional," tegas beliau.

Jika beliau tidak berjaya mengemukakan apa yang diperkatakan beliau kena memohon maaf pada semua ahli Hindraf atau masyarakat yang hadir pada hari berkenaan.
" Umno nampak cuba mainkan suasana tegang untuk meraih simpati rakyat menjelang Perhimpunan Agung mereka pada Mac nanti. Waktu inilah ada yang nak tunjuk hero, " tambahnya.


Walhal jelas beliau, rombongan seramai 200 orang itu dijemput khas apabila berita lawatan untuk bertemu dengan Perdana Menteri dimaklumkan terlebih dahulu kepada Setiausaha Kanan Perdana Menteri, Dato' Haji Ahmad Yaacob pada 22 September lalu.
Beliau turut terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri yang mengatakan rombongan Hindraf datang buat kacau di rumah terbuka Aidilfitri serta menasihatkan rakyat agar jangan cemarkan rumah terbuka Aidilfitri yang bertujuan menyatu perpaduan sesama rakyat tanpa mengira kaum.


"Itulah Umno dia sengaja main wayang terhadap isu ini termasuklah akhbar Utusan Malaysia yang turut menjadikan isu berkenaan bagi mengambarkan kepada rakyat bahawa Hindraf begitu jahat," tegasnya yang mengadakan sidang media bersama Timbalan Penyelarasan Hindraf Pulau Pinang, Sanjay Subramaniam. - mks. _

Sumber: HarakahDaily

No comments: