Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, February 4, 2009

SPR TERUS DIPERKUDAKAN OLEH KERAJAAN BN

KENYATAAN MEDIA AMK MELAKA

SPR TERUS DIPERKUDAKAN OLEH KERAJAAN BN.


Bukit Baru- Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) Malaysia sekali lagi dilihat seperti jentera pilihan raya kerajaan Barisan Nasional dengan menafikan penyerahan surat perletakkan jawatan 2 Adun Parti keADILan Rakyat yang berkuatkusa kelmarin. Speaker dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar telah memaklumkan kepada SPR berkenaan dengan penerimaan surat tersebut dan menyatakan kekosongan kerusi tersebut, namun amat malang sekali SPR meragui kesahihan surat tesebut dan menyatakan ianya tidak sah.

AMK melihat penafian ini sebagai satu pengkhianatan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang dipilih oleh rakyat. Kedua-dua bekas ADUN tersebut menafikannya namun mereka telah menandatangani surat tersebut dengan keadaan yang tenang dan waras.

Seharusnya SPR sebagai badan yang bertanggungjawab mengadakan pilihanraya kecil di kedua-dua DUN terbabit bagi membolehkan rakyat mengamalkan proses demokrasi dengan lancar.

SPR juga dilihat tidak menghormati Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak dimana apabila berlaku kekosongan satu pilihanraya perlu diadakan dalam masa 60 hari. Keadaan ini dilihat juga sebagai langkah terdesak oleh BN untuk bertindakbalas dengan kejayaan PR menarik ADUN Bota Dato Nasaruddin yang mengambil langkah menyertai PKR dengan ikhlas memandangkan tiada sebarang jawatan,wang dan pangkat yang ditawarkan kepada beliau. Tetapi BN khususnya UMNO mengambil langkah dengan merasuah Adun PKR untuk melompat ke BN.

AMK mendesak agar agar satu pilihanraya kecil dapat diadakan sesuai dengan Perlembagaan Negeri Perak. Dimanakan rasa hormat SPR terhadap kerajaan Perak yang dipilih oleh rakyat ini? Ini juga satu tindakan yang kurang wajar oleh SPR.

SPR juga diberikan masa dalam tempoh 48 jam untuk menimbang semula keputusan tersebut atau bakal menghadapi tindakan undang-undang oleh kerajaan PR Perak. AMK Melaka menyokong tindakkan kerajaan PR Perak tersebut dan mendesak agar diadakan pilihanraya kecil dengan segera.

Justeru AMK Melaka menegaskan agar SPR jangan menjadi perkakas kepada kerajaan UMNO/BN yang telah melakukan banyak sabotaj dan mengamal teori Machiavelli untuk menjatuhkan kerajaan PR Perak yang dipilih oleh rakyat. Rakyat juga mampu menilai kerajaan yang diperintah semasa BN dan PR dimana rakyat telah menikmati air percuma, kurniaan tanah kepada sekolah Agama Rakyat dan kampung baru dan kenaikkan elaun guru kafa dimana semua ini berlaku dibawah pemerintahan PR dan bukan UMNO/BN

Hairiz Nordin
Timbalan Ketua
Angkatan Muda KeADILan Melaka


No comments: