Salam buat semua,
Kami AMK Melaka telah selamat kembali ke Melaka dari Permatang Pauh semalam pada jam 11.30 Malam. Kami telah bergerak ke Permatang Pauh pada hari Jumaat jam 9.00 malam (15 Ogos 2008) dan telah tiba pada jam 3.30 pagi (16 Ogos 2008). Terima kasih kepada Sdr. Paes kerana telah sudi menumpangkan kami di kediamannya (Juru) pada pagi tersebut.
Penamaan Calon
Dalam kepenatan kami gagahkan diri bangun seawal jam 5.30 pagi dan bersedia untuk ke Maktab Perguruan Tengku Bainon tempat penamaan calon diadakan. Setibanya di sana pada jam 7.00 pagi, kelihatan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat telah mula berjalan ke kawasan Maktab Perguruan Tuanku Bainon. Perjalanan ke Maktab telah diiringi dengan Gendang / Tabla dari kaum India dan tarian Singa dari kaum Cina.
Kami sempat singgah di gerai yang terdapat di sekitar pusat penamaan calon. Kelihatan Timb. Ketua Menteri (YB Mohammad Fairus Khairuddin), Ketua Angkatan Muda KeADILan Sdr. Shamsul Iskandar dan Ust. Badrul Amin sedang bersarapan. Sdr. Shamsul Iskandar juga telah berkesempatan bersama kami bersarapan sambil memberikan maklumat terkini di Permatang Pauh. Sesekali kelihatan beberapa penyokong sempat bergambar bersama pimpinan Pakatan Rakyat di gerai tersebut.
Sekurang-kurangnya 15,000 pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat membanjiri jalan raya serta kawasan Maktab. Kehadiran penyokong Barisan Nasional yang dianggarkan sekitar 4000 orang telah ditelenggami dengan kehadiran Penyokong Pakatan Rakyat. Semangat juang yang tinggi jelas kelihatan di setiap muka penyokong Pakatan Rakyat. Walaupun sentimen pilihanraya kecil terdahulu masih diingati seperti dipukul dan provokasi melampau penyokong BN, Penyokong Pakatan Rakyat telah berjaya mengawal tindakan luar kawalan sesetengah penyokong.
Penamaan calon pada pagi tersebut telah dikawal ketat FRU. Setiap kali Penyokong, Pemimpin dan Menteri dari Barisan Nasional melalui kawasan penamaan calon, penyokong Pakatan Rakyat telah dengan simbolik menunjukkan wang kertas sebagai tanda rasuah yang menular di dalam Barisan Nasional. Tidak ketinggalan beberapa teriakan yang sudah tentu menarik perhatian umum seperti "Mana Saiful?!", "Lauk!" dan "Rasuah!". Laungan "Makal Sakhti", "Reformasi" dan "Takbir" turut tidak ketinggalan bergema di kawasan tersebut.
Walau pun begitu, kelihatan Pemimpin dan Menteri dari BN seperti tidak berasa malu. Malah, mereka masih sempat tersenyum dan berjalan seperti biasa. Antara yang kelihatan termasuk Sdr. Ezam yang diwar-warkan dengan gah sekali bakal membongkar rahsia Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini. Pemimpin BN seperti YB Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang terkenal dengan rasuah juga masih mampu tersenyum.
Di akhir penamaan calon, penyokong Pakatan Rakyat masih lagi tidak berganjak menunggu beberapa Menteri BN yang masih belum keluar dari pusat penamaan calon. Pasukan FRU dan anggota polis telah meminta penyokong Pakatan Rakyat bersurai. Dalam keadaan pasukan FRU telah bersedia untuk menggempur dan menembak air dari "water cannon truck" hujan telah turun dengan lebat sekali dan masih ramai penyokong Pakatan Rakyat yang tidak berganjak membuktikan semangat juang mereka yang tinggi sekali.
Kerjasama dari pasukan FRU amat dihargai namum apa yang amat dikesali apabila pasukan FRU dan Polis telah digunakan oleh BN untuk mengiringi penyokong mereka keluar dari kawasan penamaan calon.
Rayu Undi
Selesai penamaan calon, kami telah bergerak ke bilik gerakan kami di Tanah Liat. Beberapa persediaan untuk pilihanraya pada 26 Ogos ini telah dilakukan. Pada sebelah malamnya kami telah berkesempatan melawat bilik gerakan Angkatan Muda KeADILan Malaysia di Seberang Jaya dan bertemu dengan Ketua AMK Melaka Sdr. Tan Seng Toh. Di bilik gerakan tersebut satu ceramah telah berjaya diadakan dan telah berjaya menarik masyarakat setempat untuk mendapat maklumat terkini. Kemudian kami telah kembali semula ke Tanah Liat dan telah disertai sdr. Tan Seng Toh.
Keesokan paginya pada jam 9.00 pagi (17 Ogos 2008) kami telah mengedar risalah di Pasar Tani. Rata-rata masyarakat setempat menerima baik risalah yang diedarkan. Walaupun begitu masih ada lagi beberapa orang yang tidak mahu menerima risalah yang kami edarkan. Selesai sahaja aktiviti tersebut kami telah kembali semula di bilik gerakan untuk mendengar taklimat aktiviti yang bakal dijalankan.
Pada jam 11.00 pagi kami telah bergerak rumah ke rumah untuk merayu undi. Sekali lagi, kami telah diterima dengan baik sekali. Ternyata suasana di Tanah Liat amat berlainan sekali berbanding Melaka. Tiada sumpah seranah yang kami terima. Malah ada penduduk setempat telah menjemput kami ke rumah mereka untuk menjamu minuman. Kami sempat berselisih dengan perayu undi dari UMNO. Mereka telah bergerak tanpa mengenakan lencana atau baju dengan warna rasmi mereka. Kedengaran juga ada suara penduduk setempat menolak rayuan mereka.
Sesungguhnya pengalaman di Tanah Liat suatu pengalaman manis dan amat membanggakan apabila penduduk setempat mempunyai kesedaran yang tinggi sekali. InsyaALLAH kami bakal berkunjung ke Tanah Liat lagi sebelum pilihanraya kecil 26 Ogos ini untuk bersama-sama berkempen dengan jentera di sana.
Reformasi!
Admin
*Gambar Kami di Permatang Pauh bakal menyusul kemudian nanti!
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comment:
Good wrap.
Cepat letak gambar, linkkan ke TranungKite etc.
jumpa lagi 26 hbulan.
-paes-
Post a Comment