PERMATANG PAUH, Yayasan Aman 21 OGOS - Exco Kerajaan Negeri Perak yang didakwa kononya antara suspek Rasuah dan Seks sebenarnya telah diperangkap bermotif merampas kuasa kerajaan negeri Perak sekarang dan memburukan imej Pakatan Rakyat ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Tuduhan Badan Pencegah Rasuah terhadap kedua exco ini kononnya terlibat satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak adalah tidak benar.
Perkara Yang Sebenarnya Berlaku
Semasa Kapten Usaili Alias bersama dengan YB Osman Mohd Jalil sedang minum di sebuah gerai, mereka ditegur sapa oleh dua orang tidak dikenali.
Lalu dua orang bersebut meninggalkan beg dan beredar.
Pegawai BPR tiba-tiba muncul sebaik sahaja mereka memegang beg berkenaan yang ditinggal itu.
Beg tersebut dikatakan mengandungi RM100,000.
Setakad ini, BPR telah menahan Exco, Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Mohd Jailu, seorang Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), dan seorang peniaga.
"Inilah sebenarnya kita minta BPR dilapor terus dibawah Parlimen" jelas Tian Chua yang turut memberikan kenyataan dalam sidang akhbar pagi tadi.
Tuduhan tawaran seks keatas mereka juga dinafikan, bahawa dakwaan tersebut adalah bukan tuduhan sebenar bertujuan untuk memburukkan imej, sumber yang diterima adalah tidak sahih.
Ulasan Kerajaan Negeri Perak dan pemimpin
Semalam, Menteri Besar Perak, YAB Mohd Nizar Jamaluddin turut menyatakan bahawa tidakan tersebut adalah konspirasi politik untuk merampas kuasa kerajaan Perak pada 31 Ogos.
Menteri Besar turut yakin bahawa kedua-dua exco berkenaan tidak terlibat kerana projek bernilai RM180juta yang dimaksudkan tidak pernah wujud.
Dua exco berkenaan juga tidak bertanggungjawab dalam protfolio yang berkaitan.
Sementara itu semalam, Timbalan Presiden Keadilan, Dr. Syed Husin Ali menjelaskan bahawa tangkapa itu berbaur politik di saat-saat pilihanraya kecil yang sedang berlangsung di Permatang Pauh.
Selain menambah, BPR tidak konsisten dalam menangani kes-kes rasuah dan penyelewengan, dna meminta BPR tegas dan profesional dalam menangani kes rasuah yang melibatkan pemimpin Barisan Nasional.
Sumber: http://www.permatangpauh.com/news/080821_01.php
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Thursday, August 21, 2008
Perangkap: Satu Cubaan Rampas Kuasa Kerajaan Perak
Labels:
Pakatan Rakyat,
Perak,
Permatang Pauh,
Pilihanraya,
PKR,
Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment