Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, August 24, 2008

Kami akan saman BPR ! - Exco KeADILan Perak

PERMATANG PAUH, 23 Ogos (SK) - Dua ahli Exco Perak, yang ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan bertindak menyaman badan terbabit jika BPR tidak memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah.

Dua exco terbabit, Jamaluddin Mohd Rozi dan Mohd Osman Mohd Jailu ditahan kelmarin bersama dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), berhubung dakwaan rasuah membabitkan projek perumahan yang sebenarnya tidak wujud dan dikatakan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, di selatan Ipoh.

“BPR telah membuat kenyataan fitnah dan berikutan itu sebua media akhbar arus perdana juga telah melaporkan berita yang tidak tepat dan palsu sehinga mencemarkan nama baik kami. Kami tidak ditahan di bilik di sebuah hotel , sebaliknya kami berada sedang minum di Restoran Kluang Station di depan khalayak ramai,” kata kapten Moh Osman Mohd Jailudalam satu sidang media di Bangunan Yayasan Aman, Penanti di sini, pagi ini.

Menurutnya, kenyataan BPR dan laporan akhbar yang mendakwa mereka terbabit dengan rasuah wang dan seks juga berniat jahat dan palsu sama sekali.

Sehubungan itu, katanya, mereka akan memberi tempoh sehingga petang ini kepada BPR dan akhbar terbabit untuk memohon maaf secara terbuka atau disaman RM100 juta.

“Kami akan failkan saman malu berkenaan di mahakamah tinggi Isnin ini jika mereka tidak berbuat demikian (memohon maaf),” tambahnya lagi.

Sementara itu, Jamaluddin pula menganggap penahanan mereka berdua sebagai konspirasi politik tang meahu rakyat mengalihkan tumpuan daripada calon Pakatan Rakyat di pilihan raya kecil Permatang Pauh, Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Umum KeADILan.

“Sehubungan itu, kami menyeru penduduk Permatang Pauh supaya memberikan sokongan sepenuhnya kepada Anwar bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di pilihan raya kecil berkenaan” ujarnya lagi.

Menceritakan kembali detik penahan mereka, beliau berkata mereka sedang duduk minum petang di restoran berkenaan bersama-sama bersama dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Meja yang mereka didatangi kemudian didatangi dan ditegur sapa oleh dua individu yang membawa beg dan salah seorang daripada mereka memperkenalkan dirinya sebagai Imran.

Beliau menambah, salah seorang daripadanya kemudian telah meletakkan beg berkenaan di atas meja dan membuka zip beg terbabit yang mengandungi wang.

Sebaik sahaja berbuat demikian, kedua-dua individu terabit terus melarikan diri dan meja mereka kemudiannya diserbu oleh anggota BPR yang kemudiannya telah menahan mereka.

Dalam pada itu, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah yang turut hadir di sidang media berkenaan bersama-sama dengan Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua menyifatkan penahanan kedua-dua anggota Exco berkenaan sebagai taktik kotor kerajaan BN yang memperalatkan badan itu.

“Jelas sekali kita dapat lihat bahawa BPR bukanlah satu badan bebas seperti yang digembar-gemburkan dan mereka (BPR) masih lagi d bawah telunjuk kerajaan BN pimpinan Umno.

Sumber: Suara Keadilan

No comments: