PERMATANG PAUH, 26 Ogos (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang aktiviti konvoi menyambut kemenangan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim jika beliau disahkan menang Pilihan raya Kecil Parlimen Permatang Pauh malam ini.
Angkatan Muda KeADILan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian dalam sidang media petang semalam.
Jelas beliau, sebarang aktiviti konvoi tidak akan dibenarkan dan sesiapa yang melakukan bererti ia bukan di kalangan Pakatan Rakyat.
"Kita tidak akan bertindak macam pilihan raya umum lepas sebaliknya lebih bersopan sesuai dengan demokrasi yang dicanangkan, " ujarnya yang mengadakan sidang media bersama timbalannya, Faris Musa.
Menurut beliau lagi, jika berlaku kejadian itu AMK akan mengarahkan skuad khas untuk menasihati sekaligus bertindak terhadap kumpulan yang mengadakan konvoi bermotor.
Ini kerana, AMK mendapat tahu Umno-Barisan Nasional (BN) sedang berusaha mengerakkan provokasi untuk memburukan nama Pakatan Rakyat pada malam pengumuman. - mks._
Sumber: HarakahDaily
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment