Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, August 26, 2008

Tahniah!

Salam,

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada penduduk Permatang Pauh kerana telah membuat pilihan yang tepat! Kini sekali lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili penduduk Permatang Pauh di parlimen. Jalan ke Putrajaya semakin jelas kelihatan. InsyaALLAH dengan berkat doa rakyat keseluruhannya, cita-cita untuk melahirkan Harapan Baru Malaysia bakal tercapai!

Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh jentera Pakatan Rakyat, KeADILan, PAS dan DAP kerana telah bertungkus-lumus memastikan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sesungguhnya kerjasama yang terjalin dalam Pakatan Rakyat telah membuahkan hasil.

Angkatan Muda KeADILan Melaka yang ditugaskan di Mukim 9 Tanah Liat turut merasa bangga apabila Tanah Liat juga telah menyumbangkan kemenangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terima kasih penduduk Tanah Liat! Sokongan anda amat kami hargai!

Tahniah sekali lagi untuk semua rakyat!

Reformasi!! Takbir!! Makal Sakti!!

Admin

No comments: