Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, August 26, 2008

KAD PENGENALAN SEDANG DIKUMPUL


Berita Tergempar - Sebentar tadi saya telah mendapat mesej dari beberapa penduduk kampung yang memaklumkan UMNO dan BN sedang giat mengatur program merakyat, mereka dengan menabur wang kepada seluruh penduduk di Permatang khusunya bagi pengundi di parlimen tersebut.

Sejurus mendapat mesej tersebut saya bersama Puan Zuraida bergegas ke lokasi bagi melakukan tinjauan. Untuk mendapatkan kepastian dan mengelakkan fitnah saya sendiri menyamar menjadi jentera BN untuk mendapatkan beberapa gambar di dewan tersebut yang berhadapan dengan Politeknik Seberang Perai.Ternyata mesej yang saya terima benar-benar mengejutkan saya dengan apa yang saya lihat di harap dapat di kongsikan dengan saudara sekalian.

Difahamkan penduduk kampung khususnya bagi pengundi Permatang Pauh mendapat peluang untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM 3000 seorang selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh. Di samping itu dikatakan mereka yang hadir untuk mendapatkan skim penipuan UMNO ini juga mendapat RM 50 seorang bagi tujuan pengangkutan. (Yang sebenarnya untuk mempengaruhi pengundi)

No comments: