DAP melantik tokoh aktivis Melayu berprofil tinggi dalam bidang kempen ketelusan dan integriti Tunku Abdul Aziz Ibrahim sebagai naib pengerusi parti itu yang baru dalam usahanya memikat sokongan kaum itu.
Tunku Abdul Aziz merupakan bekas naib presiden organisasi antarabangsa terkenal Transparency International (TI).
DAP hari ini memperkenalkan barisan baru pimpinan tertinggi parti itu melibatkan 10 lantikan baru bagi mengisi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) di samping 20 ahli yang dipilih semalam.
Keputusan itu dicapai hasil mesyuarat pertama CEC semalam, kata setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng.
Selain Tunku Abdul Aziz, Teresa Kok yang sebelum ini menjadi setiausaha publisiti turut dilantik berganding dengan M Kula Segaran dan Chow Kon Yeow.
Guan Eng dalam sidang media selepas itu ditanya sama ada barisan CEC baru itu merupakan pasukan impiannya.
"Ini adalah kehendak perwakilan. Hanya ada satu pasukan dalam DAP iaitu roket (semua ahli DAP)," katanya.
Menjawab soalan wartawan, beliau menafikan lantikan Tunku Abdul Aziz bukan bertujuan menyediakan calon menteri jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru selepas 16 September.
Tunku Abdul Aziz yang semalam pertama kali mengisi borang parti politik berkata beliau memilih DAP sebagai parti tidak berasaskan kaum itu paling konsisten dan bekerja keras memperjuangkan ketelusan, keadilan dan menolak penyalahgunaan kuasa berbanding parti lain.
"Tiada wang dalam DAP. Ada yang kata saya dibeli, ada kontrak menunggu. Parti ini disertai kerana prinsip-prinsip asas kita," katanya.Ditanya kenapa bukan PKR, kerana ideologi kedua-dua parti itu hampir sama, Tunku berkata:
“Saya lebih selesa dengan DAP.”
Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berharap dengan penyertaan Tunku Abdul Aziz, lebah ramai golongan bukan Melayu menyertai parti itu.
Veteren DAP, Lim Kit Siang dan penasihat parti, Dr Chen Ma Hin juga menerima baik lantikan Tunku dan barisan baru CEC DAP.
Dr Ma Hin diminta mengulas Kit Siang yang tidak tersenarai dalam mana-mana jawatan parti.
Beliau berkata, pemimpin veteren itu tetap mempunyai peranan besar dalam parti walaupun tidak dilantik memegang sebarang jawatan rasmi.
“Beliau boleh jadi setiausaha agung, pengerui, apa saja. Dia adalah pemimpin yang penting. Dia tidak perlu jadi pemimpin rasmi,” katanya.
Sumber: Malaysiakini
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Syabas Tunku Abdul Aziz kerana menyertai Pakatan Rakyat.
Semoga dengan kewibawaan, ilmu dan kebijaksanaan Tunku Malaysia dapat dimakmurkan.
Post a Comment