Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, August 22, 2008

Ceramah BN, ribuan kerusi tapi 50 yang hadir


PERMATANG PAUH, 22 OGOS (SK)- Jika apa sahaja program yang dianjurkan Pakatan Rakyat, ribuan rakyat akan turun padang serta kerusi tidak akan mencukupi untuk menampung kehadiran.

Namun apa yang terjadi malam tadi di satu program Barisan Nasional yang dihadiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zahid Hamidi hanyalah kira-kira 50 orang sahaja yang hadir.

Sudahlah menggunakan sekolah sebagai pusat kempen, perkarangan Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti ini hanyalah dipenuhi kerusi-kerusi kosong.

Ianya dilihat pembaziran yang besar, dengan pengunaan pentas yang dilengkapi cahaya lampu serta sewaan konopi yang begitu mewah. Yang lebih menarik, program ini yang sepatutnya mendapat liputan siaran langsung dari RTM dibatalkan pada saat-saat akhir.

Sumber: Suara Keadilan

No comments: