Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, August 26, 2008

Pengundi, penyokong PAS akan bantu kemenangan Anwar

PERMATANG PAUH, 26 Ogos (Hrkh) - Bahang kehangatan pilihan raya kecil Permatang Pauh terus berlarutan selepas pihak polis mengeluarkan arahan tidak membenarkan orang luar memasuki pekan Permatang Pauh.

Tinjauan Harakahdaily mendapati lebih daripada 20 trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan di sekitar Butterwoth bagi menjalankan tugas esok di premis tempat pembuangan undi tertentu.

Seperti mana biasa, pihak polis yang dikerahkan mengawal sekitar pekan Permatang pauh termasuk unit polis udara turut menjalankan tugas selewat jam 12 tengah malam mengundang debaran di hati pengundi.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Hamdan Abdul Rahman memaklumkan bahawa sehingga semalam lebih 3,000 petugas PAS telah mendaftarkan diri bagi membantu gerak kerja pilihan raya pilihan raya kecil ini.

"Alhamdulillah, walaupun dihalang dengan pelbagai sekatan namun petugas PAS tetap meneruskan usaha membantu kemenangan Pakatan rakyat di sini," katanya ketika ditemui di Pejabat Adun Permatang Pasir, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang pasir itu juga memberi keyakinan bahawa pengundi dan penyokong PAS akan terus komited membantu kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kali ini.

Dengan tidak menafikan usaha pihak tertentu bagi menyekat kemenangan ini, beliau menyeru agar seluruh petugas yang datang agar melipat gandakan tenaga bagi menghadapi musuh.
Beliau juga optimis daripada 20,549 pengundi Permatang Pasir dijangka membuang undi hari ini, akan terus memberikan sokongan kepada Anwar. - mks._


Sumber: HarakahDaily

No comments: