Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, August 21, 2008

Pengundi Permatang Pauh mahu kurangkan lagi undi BN

PERMATANG PAUH, 20 Ogos (Hrkh) - Bukan setakat untuk memastikan kejayaan dan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim malah lebih mengejutkan, penduduk Permatang Pauh mahu memastikan BN mendapat undi yang kurang berbanding pilihan raya umum lalu.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man berkata gerak kerja dan operasi jentera PAS juga seiring untuk memastikan matlamat tersebut tercapai di samping memberi pengajaran kepada Umno yang melontarkan pelbagai dakyah ke atas pemimpin kelahiran tempatan tersebut.

"Pada awalnya, dakyah Umno dilihat cuba mempengaruhi saluran satu pengundi yang terdiri daripada golongan pesara dan veteran.

"Namun setelah usaha peneranagan yang berlipat kali ganda daripada jentera PAS, akhirnya tipu muslihat itu berjaya diabaikan," katanya ketika ditemui di pejabat Khidmat Masyarakat DUN Permatang Pasir sebentar tadi.

Katanya daripada maklumat yang diterima. selain pengakuan bersumpah Saiful dijadikan bahan kempen, pengumpulan kad pengenalan oleh pihak-pihak tertentu untuk memastikan pengundi gagal keluar membuang undi pada 26 Ogos depan.

Selain manipulasi media yag dilihat cuba memburukkan hubungan kaum di kalangan penduduk Permatang Pauh, rakyat juga cuba ditakutkan dengan suasana tegang dan provokasi.

"Semua itu hanya gambaran buruk sedangkan hakikatnya keadaan di sini berada dalam keadaan aman,"katanya.

Malah kempen-kempen dan ceramah kelompok oleh PAS dan KeADILan di sini katanya mendapat sambutan yang sangat luar biasa jika dibandingkan dengan parti lawan, katanya.
Beliau menyarankan agar semua pihak memberi kemenangan besar kepada Anwar termasuk mengurangkan undi majoriti Umno.


Ketika berita ini ditulis Anwar baru selesai menunaikan solat asar di masjid Permatang Tambang dan menuju ke kampung berdekatan untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada ibu tunggal. -az/wann_

Sumber: HarakahDaily

No comments: