TUMPAT, 25 Ogos (Hrkh) - Pilihan raya kecil Permatang Pauh esok dianggap permulaan kepada peralihan kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat.
Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pilihan raya kecil ini sebagai bermulanya agenda besar ke arah peralihan kuasa di peringkat Persekutuan.
"Pilihan raya kecil ini bukan sekadar untuk memilih Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen atau menolak calon BN semata-mata.
"Tetapi ianya bagi memilih sebuah kerajaan baru di peringkat pusat bagi menggantikan BN yang dilihat sudah tidak lagi bermaya akibat krisis dalaman yang semakin kronik," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.
Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, Pakatan Rakyat mempunyai bilangan anggota parlimen yang mencukupi bagi membentuk kerajaan baru di peringkat persekutuan.
Menurutnya anggota-anggota parlimen BN sudah memberi komitmen yang jelas dalam beberapa siri pertemuan yang diadakan sebelum ini.
"Mereka hanya memerlukan Anwar masuk ke parlimen sebelum memulakan langkah untuk meninggalkan parti itu yang semakin tidak bermaya di bawah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Nama mereka yang bersedia menyertai Pakatan Rakyat bukan lagi menjadi rahsia kepada Perdana Menteri dan pemimpin Umno lain sehingga Presiden Umno terpaksa memujuk mereka.?
"Ada antara mereka yang diberi amaran berbentuk ugutan sekiranya sertai Pakatan Rakyat. Ada juga ditawar habuan menaikkan peruntukan anggota Parlimen daripada RM2 juta kepada RM10 juta," tambahnya.
Beliau juga mendakwa ada anggota parlimen di Sabah dan Sarawak ditawarkan menggunakan helikopter untuk membolehkan mereka melawat kawasan pilihan raya.
Menurutnya hasil habuan itu menyebabkan kerajaan pusat terpaksa menambah peruntukan sebanyak RM1 bilion lagi.
"Ini umpan yang ditawarkan dengan harapan mereka tidak menyertai Pakatan Rakyat. Perdana Menteri buatlah apa sahaja, bagi kita lebih penting komitmen anggota parlimen tinggalkan BN semakin jelas sekarang.
"Lagi pun Perdana Menteri juga tahu pertemuan-pertemuan yang kita atur dengan anggota-anggota parlimen terbabit," katanya.
Sementara itu, bekas penceramah Umno Kelantan, Ustaz Hamid Derani berkata, fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar kini menjadi senjata makan diri kerana rakyat semakin bersimpati kepada Ketua Umum KeADILan itu.
Hadir sama pada program itu Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim. - mj ? _
Sumber: HarakahDaily
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment