Sempena hari kelahiran Ketua Umum, Anwar Ibrahim ke 61 10 ogos ini, satu majlis doa selamat dianjurkan bagi memohon keberkatan dan keselamatan ke atas beliau esok.
Majlis yang dianjurkan oleh Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) itu akan berlangsung di Ibu Pejabat KeADILan, di Tropicana Kelana Jaya jam 3 petang.
Menurut salah seorang penganjurnya, Ramlan, doa selamat itu juga akan memohon kejayaan untuk pilihanraya kecil di Permatang Pauh, akan diimamkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin.
Sebarang pertanyaan untuk majlis berkenaan boleh hubungi terus Ramlan di talian 0192248863.
Manakala di sebelah malamnya pula, Anwar akan meneruskan siri jelajah ‘Menuju ke Putrajaya’ di Petaling Jaya.
Bertempat di Taman Medan off Jalan Klang Lama, penceramah malam itu terdiri daripada Naib Presiden Azmin Ali dan R Sivarasa, Ahli Parlimen PJS Hee Loy Sian dan Adun Taman Medan Harniza Talha.
Sumber: Suara Keadilan
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Wednesday, August 6, 2008
Doa selamat untuk Anwar dan Permatang Pauh
Labels:
Anwar Ibrahim,
Permatang Pauh,
Pilihanraya,
Pulau Pinang,
Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment