KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA
8 OGOS 2008
Gugurkan Tuduhan Jahat : Tumpukan Usaha Baiki Ekonomi
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyatakan komitmen dan sokongan padu AMK di segenap lapisan kepimpinan dan akar umbi ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dituduh melakukan jenayah liwat di Mahkamah Majistret Jalan Duta hari ini.
AMK percaya bahawa di sebalik pertuduhan ini tersembunyi komplot jahat yang bertujuan merencatkan usaha murni Pakatan Rakyat untuk terus membela rakyat yang kian terpasung minda mereka di bawah kekangan politik dan hambatan ekonomi yang parah ciptaan Umno-BN.
Tuduhan jahat yang direncanakan ke atas Dato’ Seri Anwar juga sangat menjelekkan, di saat beliau dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang sepatutnya turut sama mengheret penuduh, Saiful Bukhari Azlan ke muka keadilan.
Malah sebenarnya tidak ada kes yang wujud berikutan pendedahan tergempar Akuan Bersumpah oleh Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid yang mempertahankan integriti laporan kesihatan yang dilakukan oleh beliau ke atas Saiful pada 28 Jun lepas.
AMK ingin menggesa agar Jabatan Peguam Negara menggugurkan dakwaan ke atas Dato’ Seri Anwar berikutan perkembangan ini yang jelas membuktikan wujud usaha terancang untuk membunih kareer politik Dato’ Seri Anwar.
Perdana Menteri juga disarankan agar lebih menumpukan usaha memperbaiki ekonomi negara daripada campurtangan di dalam politik desperado ciptaan politikus tertentu yang makin lemas dipukul tsunami politik ciptaan rakyat pasca 8 Mac 2008.
AMK akan terus komited memperjuangkan agenda reformasi ke arah Malaysia yang lebih stabil, dan akan terus memfokuskan gerak gempur Pilihanraya Kecil Permatang Pauh agar menjadi pemangkin kemenangan rakyat menjelang 16 September 2008.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Friday, August 8, 2008
Gugurkan Tuduhan Jahat : Tumpukan Usaha Baiki Ekonomi
Labels:
AMK Malaysia,
Kenyataan Media,
Konspirasi,
liwat,
Semasa,
Shamsul Iskandar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment