IPOH: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din meminta agar Mohd Saiful Bukhari Azlan menarik balik sumpahnya yang bersedia menerima laknat Allah hingga melibatkan keseluruhan keturunannya.
"Mengapa nak libatkan keturunannya dilaknat sampai bila-bila? Keturunan tak bersalah. Diri sendiri buat salah, perlu ditanggung sendiri," katanya kepada media selepas sesi penggulungan Ucapan Presiden di sini, hari ini.
Katanya, bersumpah bukan perkara yang begitu mudah untuk dilakukan iaitu dengan hanya pergi ke masjid dan mengeluarkan sumpah.
"Sumpah hanya boleh dilakukan di mahkamah yang membicarakan kes ini," kata ketika bagi mengulas tindakan Mohd Saiful yang bersumpah menggunakan a-Quran di Masjid Wilayah Persekutuan bagi mempertahankan laporan dakwaan liwat oleh bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambah beliau, sumpah dalam Islam dikenakan kepada orang yang kena tuduh dan bukannya orang yang menuduh.
Orang yang menuduh wajib untuk membawa bukti-bukti yang kukuh.
Selepas itu katanya, orang yang kena tuduh pula perlu membawa bahan bukti yang menolak bahan bukti si penuduh.
"Namun selepas itu barulah orang yang tertuduh itu memilih untuk bersumpah ataupun kedua-duanya sekali," katanya.
Dr. Haron juga berkata, sumpah mengikut hukum Islam hanya dilakukan dengan menyebut nama Allah tanpa perlu menggunakan al-Quran.
Dalam pada itu, beliau juga menasihati kepada orang ramai supaya tidak mudah untuk bersumpah sebaliknya menjadikan ia sebagai pilihan terakhir.
"Biarlah jadi pilihan paling akhir, itu pun buatlah di mahlamah kerana saya bimbang akan laknat Allah," katanya.
Sumber: mSTAR
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment