Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Saturday, October 4, 2008

Blog AMK Melaka Kembali Seperti Biasa!

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera,

Setelah menyepi hampir 4 hari, Blog AMK MLK kembali dikemaskini seperti biasa, insyaALLAH. Ramadhan yang lalu membawa seribu makna kepada warga AMK Melaka, buat pertama kali sumbangan Jejak Ramadhan berjaya diagihkan ke seluruh negeri Melaka.

Terima kasih kepada yang sudi menyumbang, tidak kira dalam bentuk wang, barangan atau hamper. Walaupun sumbangan kami tidak seberapa dan tidak dapat membantu keseluruhan fakir miskin, ibu tunggal dan keluarga yang kesempitan hidup. Inilah yang kami mampu dan sedikit-sebanyak dapat membantu keluarga yang menerima sumbangan kami.

Sekurang-kurangnya tindakan kami telah membuka mata banyak pihak dan telah mendapat respon yang baik. Terima kasih juga kepada pihak media (Sinar Harian) kerana telah memberi liputan aktiviti yang kami adakan. Ekoran liputan yang diberikan terdapat fakir miskin dan keluarga yang kesusahan terus mendapat perhatian pihak berwajib.

Tahniah pula buat warga AMK Melaka. Kerjasama yang terjalin antara setiap bahagian dan kawasan telah menjayakan Aktiviti Jejak Ramadhan 2008! Ramadhan yang lalu telah menimbulkan rasa prihatin dan insaf terhadap halangan, kekurangan dan kesusahan yang dihadapi oleh mereka.

Dalam kita sibuk dengan aktiviti politik dan kepartian, jangan kita lupa kepada insan yang memerlukan perhatian dan bantuan. Bersama kita mengembleng tenaga dan bersatu-padu menjayakan agenda rakyat!

Salam Reformasi,

Admin

No comments: