Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, October 8, 2008

Peguambela dedah konspirasi kes mata lebam

KUALA LUMPUR, 8 OKTOBER (SK) - Pihak peguambela hari ini meneruskan hujah mengenai bagi mempersoalkan campur tangan Peguam Negara Abdul Gani Patail yang menandatangi surat bagi memindahkan kes pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Pasukan peguambela yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah dan mendedahkan peranan Abdul Gani Patail dalam menyumbunyikan dan memutar-belitkan fakta tragedi ‘mata hitam’ pada tahun 1998.

Mahkamah bersidang hari ini, selepas penangguhan bagi memutuskan sama ada kes pendakwaan terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau tidak.

Ianya dibantah oleh barisan peguam Anwar kerana Perdana Menteri Abdullah Badawi pernah mengatakan bahawa Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam pertuduhan keatas Anwar.


Sumber: Suara Keadilan

No comments: