Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, October 8, 2008

Perkembangan Di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, KL

9.00 pagi: Penyokong Pakatan Rakyat kelihatan telah berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, KL. Dianggarkan ratusan penyokong dan wartawan daripada dalam & luar negara sedang menanti kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut kelihatan pimpinan KeADILan dan Pakatan Rakyat.

9.50 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta daripada Mahkamah Sesyen Petaling Jaya untuk menemui Raja Petra Kamaruddin di sana.

10.50 pagi: Datuk Seri Anwr Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di perkarangan mahkamah, dikerumuni oleh wartawan dan juga para penyokong yang menanti dari pagi.

11.05 pagi: Perbicaraan kini dimulakan.


12.46 tengahari: Mahkamah berhenti bersidang dan akan disambung esok pagi untuk mendengar hujahbalas Peguambela. Datuk Seri Anwar dijangka akan memberikan kenyataan media kepada wartawan di lobi Kompleks Mahkamah.

Sumber: Blog Anwar Ibrahim

No comments: