Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, October 10, 2008

Hakim tarik balik arahan ketepi afidavit Anwar

KUALA LUMPUR, 9 SEPTEMBER (SK) - Mahkamah Sesyen hari ini mengeluarkan arahan untuk menegenepikan permohonan pendakwaan bagi menghalang pihak media menyiarkan eksibit yang terkandung dalam afidavit peguam Anwar ditarik balik.

Afidavit tersebut mengandungi laporan Polis yang dibuat oleh Anwar terhadap Peguam Negara, Gani Patail terhadap dakwaan terlibat mereka bukti dan keterangan kes beliau di pukul ketika dalam tahanan Polis 1998.

Selain itu, eksibit 7 perkara dalam afidavit itu juga mengandungi keratan akhbar yang disiarkan oleh Bernama, International Herald Tribune dan New Strait Times yang melaporkan Perdana Menteri menyatakan pihak peguam negara tidak akan terlibat dengan pertuduhan terhadap Anwar.

Hakim S.M Komathy membuat keputusan tersebut berdasarkan peruntukan 41 peraturan 5 (2) peraturan dari mahkamah Tinggi yang menyatakan afidavit dibenarkan dibacakan dalam perbicaraan interlocutari yang bukan merupakan perbicaraan penuh.

Komathy merujuk keputusan hakim dalam kes perbicaraan Wasli Mohd Said melawan Sulong Matjeraie yang dibuat di mahkamah TInggi Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, Komathy membuat keputusan penghujahan kedua-dua pihak pembela dan pendakwa terhadap permohonan pendakwa bagi memindahkan kes berkenaan ke mahkamah Tinggi disambung pada 31 Oktober ini.

Penangguhan tersebuat bagi membolehkan tertuduh, Anwar Ibrahim menghadiri sidang parlimen yang akan bermula 13 Oktober depan.


Eksibit berkenaan boleh dilihat disini

Sumber: Suara Keadilan

No comments: