Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, November 11, 2008

Bersih: Adun Kampung Tunku ditumbuk!

PARLIMEN, 10 NOVEMBER(SK) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng San, dikasari, diheret dan ditumbuk dua kali dimukanya oleh pegawai polis berpakaian biasa.

Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perhimpunan aman sempena ulangtahun pertama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya semalam.

“Tumbukan yang kedua menyebabkan bibir mulut disebelah kanan saya tercedera dan lebam.

“Selain itu, terdapat beberapa calar dan luka di pipi kanan saya. Saya meminta supaya pemeriksaan perubatan dijalankan”, kata beliau dalam sidang media di lobi parlimen sebentar tadi.

Weng San juga memberitahu tentang kehilangan harta benda termasuk sebuah helmet berwarna kelabu yang bernilai RM50 dan dua pasang cermin mata berharga RM300.

“Saya dapat mengecam wajah, rupa anggota polis berpakaian biasa tersebut dan meminta satu sesi pengecaman dijalankan”, tambah beliau.

Tambah Weng San lagi, beliau amat berdukacita diatas apa yang berlaku kerana beliau hanya mohon penjelasan dari pihak polis dan telah perkenalkan dirinya sebagai wakil rakyat kawasan kampung Tunku kepada polis tersebut.

Satu lapuran polis nombor telah dibuat dijam 4.29 pagi, 10 November 2008 di Balai Polis Daerah Petaling Jaya.

Weng San ditahan bersama-sama 23 orang dalam satu kejadian keganasan polis semalam dan dibebaskan lebih kurang pukul 7.30 pagi tadi. - msh


Sumber: Suara Keadilan

No comments: