TEHEL - Parti KeADILan Rakyat (PKR) Bahagian Jasin telah mengunjungi rumah bekas anggota polis bantuan yang terlantar sakit di rumahnya pada 3 Ogos 2008 yang lalu. Terdahulu seperti yang tersiar dalam Sinar Harian 30 Julai anggota polis bantuan tersebut, Ahmad Sahat telah memohon bantuan kewangan bagi menampuang kos membeli lampin pakai buang.
Sdr. Zamzizul Nordin (Ketua AMK Bahagian Jasin) telah mewakili PKR Bahagian Jasin menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang tunai dan makanan. Selain itu, Ketua Wanita Parti KeADILan Rakyat Melaka, Mahani Masban dan Timb. Ketua AMK Melaka, Sdr. Hairiz Nordin juga turut meluangkan masa melawat Ahmad Sahat di kediamannya pada hari tersebut.
Sdr. Hairiz Nordin telah menyatakan masalah yang dihadapi Ahmad Sahat yang pernah menganggotai pasukan keselamatan harus diberi perhatian dan bantuan yang diterima daripada Jab. Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 tidak memadai. Sumbangan pada hari tersebut adalah daripada hasil sumbangan orang ramai.
Admin
No comments:
Post a Comment