Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Thursday, August 7, 2008
Ulasan YB Zulkifli Nordin
DSAI di Mahkamah
Assalamua'laikum to all,
DSAI telah dibawa ke Mahkamah Sesyen Jenayah 1 di Tingkat 4 Kompleks Mahkamah Jln Duta. KL. Keadaan penuh sesak. Tuduhan Seksyen 377B Kanun Keseksaan telah dibaca yang DSAI meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 jam 3-4pm di Desa Damansara Kondominium.
Peguamcara Negara Dato Idrus Harun menawarkan jaminan sebanyak RM20,000-00. Peguam utama Hj Sulaiman membantah dan memohon DSAI dilepaskan atas bon peribadi.
Hakim Puan S.M. Komathy Suppiah bertanya kepada Pegawai Penyiasat DSP Jude Pereira yang memberitahu Mahkamah DSAI telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan.
Hakim Puan Komathy bertanya kepada Peguamcara Negara apa komen beliau tentang S. 388 Kanun Acara Jenayah untuk melepaskan DSAI atas bon peribadi. Dato' Idrus tak berikan sebarang ulasan cuma menyatakan pertuduhan di bawah Seksyen 377B adalah tidak boleh dijamin terutamanya kes ini adalah serius.
YA Puan Komathy menyatakan bahawa prinsip perundangan ialah seseorang dianggap tidak bersalah selagi tidak dubuktikan. Oleh itu Hakim membenarkan DSAI dilepaskan dengan bon peribadi RM20,000-00. Bon peribadi maknanya seseorang tu tak perlu berikan duit kecuali kalau dia gagal hadir pada tarikh yang ditetapkan.
Sebenarnya ini satu sejarah kerana jarang kes seumpama ini diberikan bon peribadi. Saya rasakan Hakim Puan Komathy ni agak berani. Tapi apa yang dibuat adalah menurut undang-undang.So all out nampak kita di Permatang Pauh.
Adios
Zulkifli Noordin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Side Story
Semasa kami memasuki kompleks Mahkamah KL manusia begitu ramai bersesak-sesak. Alhamdulillah pihak polis banyak membantu. Rombongan DSAI tadi diberi perlindungan yang secukupnya oleh anggota FRU dan secara khusus saya nak ucapkan tahnioah kepada DSP T.Siva yang telah berjaya mengawal crowd dgn baik. Begitu juga DSP Aziz yang memberi layanan yang sangat baik kepada peguam dan rombongan keluarga DSAI semasa prosiding berjalan dalam Mahkamah.
Tidak lupa kepada para reformis yang banyak membantu tadi. Ramai yang terpenyek kena serbu. Tak kureng yang tercabut kasut.. Ada sorang depan saya tadi tercabut cermin mata lagi. To all of you..big thank you.
Adios
Zulkifli Noordin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Dato Seri, is your birthday this Sunday?
Yang kelakarnya dalam Mahkamah tadi bila Hakim Puan Komathy melihat kad pengenalan DSAI dia terperasan yang harijadi DSAI pada Ahad 10 Ogos ini. Terus dia tanya, "Dato Seri, is your birthday this Sunday?"..kami semua dalam Mahkamah ketawa mendengar soalan tu. Rupe2nya ada juga Hakim yang relax macam Puan Komathy! My big salute to you Puan..adios
Zulkifli Noordin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sumber: Zul4kulim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment