Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, February 4, 2009

K'jaan Pakatan Perak hampir lumpuh

kemaskini 3:29pm Semua Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) dan ahli parlimen BN Perak telah diarahkan menemui Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya petang ini.

Timbalan perdana menteri pula dijadual akan mengadakan sidang akhbar khas pada jam 4 petang ini mengenai perkembangan semasa di negeri itu.

Dalam sidang media tergempar di pejabatnya sebentar tadi, Menteri Besar Perak menyatakan Adun Bota, Datuk Nasharuddin Hashim yang menyertai PKR bulan lalu "telah diculik".

Pihak yang didakwa berbuat demikian tidak dinyatakan.

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menambah, beliau bersama 28 lagi Adun Pakatan Rakyat berharap Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau dijangka menghadap Sultan Azlan Shah di istananya sebentar lagi.

Malaysiakini difahamkan anggota keluarga Nasharuddin telah memaklumkan kepada PKR tentang kehilangannya.

Sementara itu, dua lagi Adun DAP Perak dikatakan akan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Jika mereka benar-benar berbuat demikian, lima orang Adun Pakatan Rakyat - dua dari PKR dan tiga dari DAP - keluar parti dan membolehkan BN menguasai kerajaan negeri dengan lebih stabil.

Ekoran itu, kerusi Pakatan di DUN Perak akan tinggal 27, sama dengan jumlah kerusi BN (27) dan lima Adun bebas.

Sebelum ini dua Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) - telah keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Dan hari ini, Adun DAP dari Jelapang - Hee Yit Foong - mengesahkan turut keluar parti dan menjadi Adun bebas.


Sumber: Malaysiakini

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengikut maklumat yang belum disahkan DUN Perak telah dibubarkan sebentar tadi. Maklumat lanjut bakal menyusul...

No comments: