Datuk Seri Anwar Ibrahim menfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk mengetepikan pertuduhan liwat yang bakal dihadapinya mulai awal bulan depan.
Ketua umum PKR juga menfailkan satu notis usul untuk menangguhkan perbicaraan kesnya yang akan berlangsung antara 1 hingga 24 Julai ini.
Permohonan-permohonan tersebut dibuat oleh peguamnya Sankara Nair di pejabat pendaftar mahkamah petang ini.
Rabu lepas, Anwar memfailkan satu notis usul meminta mahkamah memaksa pihak pendakwaan menyediakan kepadanya dokumen-dokumen berkaitan kes liwatnya sebelum perbicaraan bagi memudahkannya membela diri.
Dokumen yang dimohon, antaranya, rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di sebuah kondominium di Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, dan kenyataan daripada saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Beliau memohon mahkamah melepas dan membebaskan beliau dengan
segera daripada pertuduhan liwat atau menggantung prosiding mengenai kesnya itu jika pendakwaan tidak mematuhi perintah mahkamah itu untuk membekalkannnya dengan dokumen berkenaan.
Permohonan minggu lalu akan mula didengar Isnin depan.
Mantan timbalan perdana menteri itu menghadapi pertuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantunya, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jala Setiakasih, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun lepas.
Malaysiakini
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment