Setelah berbulan-bulan Kuala Lumpur tidak dilanda demonstrasi besar sejak Mac lalu, ibu negara akan menyaksikan sambutan ulang tahun ke-49 pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini.
Perhimpunan besar ini, pada asalnya dirancang selepas demonstrasi membantah dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) 7 Mac lepas (foto kiri), tetapi ditunda ke bulan ini.
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang disertai lebih 80 NGO dan parti pembangkang, menangguhkan lagi ke 1 Ogos ini bersempena kelulusan akta tersebut yang dikuatkuasakan mulai tarikh tersebut pada 1960.
Malaysiakini difahamkan gabungan NGO akan mengumumkan tarikh terbaru demonstrasi tersebut di satu sidang media dalam masa yang terdekat.
Demonstrasi besar "Himpunan Mansuhkan ISA" ini dibuat susulan kempen menentang akta kontroversi itu yang telah dilancarkan hujung Disember lepas di Bangi.
GMI menangguhkan buat pertama perhimpunan itu setelah mengambil kira tiga pilihanraya kecil yang berlangsung serentak antara 29 Mac hingga 7 April lalu.
Bagaimanapun tiada sebab dinyatakan bagi penangguhan kali kedua.
Demonstrasi membantah PPSMI yang dikepalai Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, menarik kira-kira 8,000 penyokong dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.
Datuk Seri Najib Razak, sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam, berikrar ingin menyemak kembali ISA yang terus-menerus menjadi bahan kritikan NGO dan pembangkang.
Bagaimanapun sehingga kini tiada langkah konkrit diumumkan.
Malaysiakini
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment