Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, June 18, 2009

Selangor Laksana Sistem Terbuka Urus Sampah - TVA

Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan sistem terbuka dalam proses melantik kontraktor pengurusan sampah, kata Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim.

Menurutnya, langkah itu diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco di Shah Alam petang tadi.

Beliau berkata, ia bertujuan mengelakkan amalan rusuah yang pernah berlaku semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional pimpinan Khir Toyo sebelum ini.

Jelas beliau, pemberian kontrak menerusi sistem secara terbuka itu selaras dengan amalan kerajaan pakatan rakyat yang mengutamakan ketelusan, kebertanggungjawaban dan urustadbir yang baik dalam pentadbirannya.

Sistem ini juga dibuat bagi mewujudkan mekanisme yang telus dalam melantik kontraktor di samping membuka peluang perniagaan yang sebelum ini berada didalam tangan Barisan Nasional danUmno kepada orang awam.

Tan Sri Khalid berkada demikian selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Katanya, langkah ini membolehkan semua syarikat yang berkeupayaan mempunyai peluang saksama untuk dipilih. dan butiran lanjut mengenai sistem itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kerajaan Negeri juga bakal menubuhkan Jawatakuasa Audit bagi memastikan kontraktor yang benar-benar layak sahaja memperolehi kontrak berkenaan.

Kerajaan Negeri berharap agar kaedah yang dijalankan bersama dengan Jawatankuasa Audit yang bakal ditubuhkan dapat memastikan kontraktor yang benar-benar layak sahaja menerima kerja tersebut.

Kerajaan Negeri juga akan mendapatkan khidmat nasihat daripada Transparency International berhubung perkara ini.

TVA

No comments: