Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, June 25, 2009

Waran tangkap Manikavasagam ditarik balik - TVA

KUALA LUMPUR, 25 Jun - Mahkamah koroner hari ini menarik balik waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam kerana gagal menerima sepina untuk menghadirkan diri di inkues terhadap kematian pelakon drama K Sujatha.

Koroner Mohd Faizi Che Abu, yang bersidang sebagai majistret untuk mendengar permohonan Manikavasagam mengenepikan waran tangkap tersebut membuat keputusan menarik balik waran yang dikeluarkan selepas mendengar permohonan dari Manikavasagam.

Mohd Faizi ketika menyampaikan keputusannya berkata mahkamah mengenpikan waran tangkap yang dikeluarkan memandangkan ada merit dalam permohonan tersebut.

"Bagaimanapun wujud dua versi bercanggah antara apa yang dimaklumkan oleh pemohon dengan polis, sehubungan itu terpulang kepada budibicara pendakwa samada mahu mengambil tindakan terhadap Manikavasagam kerana menghina mahkamah ," tambahnya lagi.

S. Manikavasagam memfailkan permohonan mengetepikan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Koroner kerana beliau tidak menerima sepina di parlimen untuk hadir pada prosiding inkues Sujatha.

Menurut Manikavasagam, pihak tertentu tidak boleh menggunakan Parlimen untuk penyerahan sepina. Seharusnya ia diserahkan di tempat kediaman atau di pusat khidmatnya.

Beliau yang ditemui di luar mahkamah berkata inkues yang diadakan tidak memberikan tumpuan terhadap isu terbabit, yakni mengenalpasti punca sebenar kematian Sujatha.

"Saya akan memberikan keterangan pada 9 Julai depan dan saya berharap dapat mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku," tambah beliau lagi.

Sujatha, 28, ialah setiausaha peribadi kepada S. Vell Paari iaitu anak kepada Presiden MIC S. Samy Vellu. Kematian mengejut mendiang telah mendapat liputan yang meluas di warta-warta Tamil selepas Manikavasagam memfailkan laporan kematian Sujatha ada kaitan dengan Vell Paari.

Laporan polis difailkan oleh Manikavasagam berikutan sepucuk surat layang yang diterima beliau. Surat tersebut menjelaskan kematian Sujatha ada kaitan dengan anak Presiden MIC, S. Samy Vellu.

TVA

No comments: