Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, June 24, 2009

Sistem dua pakatan lebih baik daripada kerajaan perpaduan - Khalid - mStar

KUALA SELANGOR: Sistem dua pakatan parti lebih baik daripada kerajaan perpaduan kerana ini akan membolehkan amalan mengawasi dan menegur dipraktik, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Jika kita kaji daripada segi politik, konsep kerajaan perpaduan ini akan mengelirukan rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan ulang tahun ke-10 Universiti Industri Selangor (UNISEL) di sini hari ini.

Khalid, yang juga Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Selangor, diminta mengulas keputusan pakatan pembangkang terdiri PKR, PAS dan DAP, semalam yang menolak cadangan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang agar satu kerajaan perpaduan diwujudkan bagi mengatasi kemelut politik yang melanda negara ini.

Beliau berkata bahawa negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia juga mengakui tentang kebaikan mempunyai dua parti yang kuat.

Khalid berkata sistem dua gabungan parti akan memastikan bahawa setiap daripada parti itu akan bekerja dengan bersungguhsungguh. BERNAMA

mStar

2 comments:

Atuk Banjar Masin said...

Orang melayu/Islam harus sedar PAS bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam.

Perjuangan PAS hari ini se mata2 untuk berkuasa. Nik Aziz, Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang semuanya ber cita2 untuk ke Putera Jaya.

Perjuangan Islam dalam PAS sudah terkubur apabila PAS sanggup bersengkokol dengan DAP.

DAP serpihan dari PAP yang memerintah Singapura sekarang. Prinsif parti itu ialah menyamaratakan semua kaum dan bangsa.

Tetapi lihat sekarang, apa dah jadi kepada melayu Singapura, melayu Singapura sudah kehilangan kuasa politiknya secara total.

Pirah Tok Gajah said...

Orang Melayu Islam juga harus sedar.. UMNO juga bekerjasama dengan MCA/MIC/PPP dan GERAKAN.

Kenapa perlu lihat sampai ke Singapura.. Lihat sahaja Pulau Pinang di bawah pemerintahan Gerakan... Ape jadi dengan melayu di sana??

Lihat pula apa yang telah dibuat oleh YB Lim Guan Eng (DAP) apabila mengambil alih Pulau Pinang.. Elaun GURU Agama dinaikkan... Menunjukkan kerjasama PKR/PAS & DAP telah berjaya... Masing-masing saling menghormati..

Org2 dlm UMNO sendiri yang merosakkan negara.. sehingga kedengaran saham syarikat2 GLC di jual kepada Temasik Holding..

Jadi fikir-fikirkan la.. Dalam keadaan politik sekarang Tok Gajah bersifat racist.. tetapi apabila UBN menang besar.. Tok Gajat sanggup bercerita soal perpaduan.. kita harus bersatu... Inilah dikatakan seumpama Ludah ke Langit terkena batang hidung sendiri!