Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, June 15, 2009

Sokong JK audit siasat kontrak sampah - Malaysiakini

PKR menyokong penuh usaha menubuhkan jawatankuasa audit bagi menyiasat kontrak pembuangan sampah pihak berkuasa tempatan di Selangor yang didakwa wujud pengaruh Pakatan Rakyat.

Naib Presidennya Sivarasa Rasiah berkata parti itu sedar selama ini wujud monopoli segelintir syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin BN tertentu dalam pengagihan kontrak tersebut.

"Bagi membaiki keadaan tidak seimbang ini, Pakatan Rakyat menggalakkan kontraktor tanpa mengira kecondongan berparti masing-masing - termasuk mereka yang pernah dinafikan peluang mendapatkannya kerana sistem pengagihan yang bersifat monopoli - untuk membuat permohonan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Mereka boleh menggunakan saluran-saluran yang ada, termasuk pejabat ADUN dan ahli parlimen Pakatan Rakyat, tambahnya.

Sivarasa mengulas tindakan kerajaan Selangor menubuhkan jawatankuasa audit khas yang akan bekerjasama erat dengan pegawai- pegawai Alam Flora bagi memastikan mereka yang menerima kontrak bukannya broker parti politik.

"Syarikat-syarikat yang didapati bertindak sebagai broker akan dibatalkan kontrak-kontrak mereka serta-merta dan kes-kes ini akan diadukan kepada pihak-pihak berwajib," kata pejabat menteri besar, Jumaat lalu.

Malaysiakini

No comments: