[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bersidang pagi ini bagi memutuskan sama ada perbicaraan kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Sehingga pukul 8 pagi tadi, sekumpulan penyokong mula berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta dengan kawalan ketat polis.
Bagaimanapun jumlah mereka kali ini lebih kecil berbanding sesi sidang mahkamah sebelum ini.
Pada 24 September lalu, Hakim S. M. Komathy Suppiah telah menangguhkan sidang sehingga hari ini untuk memutuskan keputusannya selepas menimbangkan hujah bantahan pihak pembelaan atas permohonan pendakwaan bagi memindahkan perbicaraan kes Anwar ke Mahkamah Tinggi, di bawah peruntukan Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.
Pihak pendakwaan yang diketuai Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden telah mengemukakan bantahan awal terhadap bantahan peguam bela.
Anwar, 61, mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Sementara itu, seorang peguam Anwar, Sankara N. Nair ketika dihubungi berkata, apa jua keputusan yang ditentukan oleh phak mahkamah akan diterima secara terbuka.
"Semuanya bergantung kepada keputusan mahkamah esok (hari ini)," katanya.
Jelasnya, apa yang diharapakan adalah kes tersebut tidak dibawa ke Mahkamah Tinggi.
"Kami berharap kes ini dapat diselesaikan segera dan tidak perlu dibawa ke Mahkamah Tinggi," katanya.
Menurut Sankara, jika hakim menerima bantahan awal yang dikemukakan pihak pendakwa maka kes tersebut akan dibicarakan di Mahkamagh Tinggi.
Barisan peguam bela Anwar pula diketuai oleh Sulaiman Abdullah bersama R. Sivarasa, Sankara, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya serta Mohd. Radzlan Jalaludin.
Sumber: mSTAR
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment