KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Wartawan yang juga bekas jurugambar webtvpas, Shukri Mohamad antara 24 yang ditahan polis anti rusuhan ketika beliau membuat liputan himpunan sempena ulang tahun pertama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Dewan Sivik Petaling Jaya 9 November lalu.
Dalam himpunan anjuran Bersih itu, 24 pserta termasuk ahli Parlimen dan Adun ditahan ketika mereka mahu bersurai dan menyanyikan lagu Negaraku.
Shukri yang kini bertugas sebagai jurukamera Malaysiakini kesal dengan penahanan beliau itu sedangkan ketika itu beliau sedang merakam gambar 'water cannon'.
"Saya sedang merakam gambar trak meriam air apabila seorang anggota polis mengarahkan saya berhenti berbuat demikian, Dia mengarahkan saya menyerahkan kamera dan pita rakaman. Saya berpusing dan beredar dari situ apabila saya ditahan," kata Shukri sebaik dibebaskan.
Peserta himpunan yang berjalan menuju ke pusat tersebut sejurus selepas jam 9.30 malam, selepas pihak polis mengarahkan mereka bersurai dari Padang Timur, kira-kira satu kilometer dari situ.
Sepasukan anggota polis anti rusuhan dan trak meriam air tiba di situ untuk menyuraikan 300 peserta himpunan yang mengakibatkan keadaan menjadi tegang.
Akibatnya, anggota polis mula menyuraikan orang ramai dengan menggunakan perisai mereka.
Turut ditahan ialah, anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng San serta kira-kira 22 orang lain Sementara ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pula dikatakan dikasari dan ditolak masuk ke dalam Black Maria.
Mereka yang ditahan, dibawa ke balai polis Petaling Jaya dan dibebaskan pada jam 7.00 pagi 10 November lalu.
Sebelum kejadian, pihak polis telah mengadakan sekatan jalan raya dari pelbagai arah menuju ke lokasi himpunan, dan ia menyebabkan kesesakan lalulintas pada hari cuti (ahad). - mks._
Sumber: HarakahDaily
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment