22 Julai 2009
Bukit Baru-AMK Melaka hari ni menyarankan agar kerajaan negeri tidak terlepas pandang terhadap kampung-kampung tradisional yang telah wujud ratusan tahun dan menjadi warisan di negeri bersejarah ini.
Ini ekoran dengan kenyataan Ketua Menteri yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri melalui PBT perlu mendapatkan kebenaran meroboh dan membangunkan permis-permis kosong yang menjadi masalah mensasarkan Melaka maju pada tahun 2010.
AMK Melaka memandang baik usaha kerajaan negeri membangunkan Melaka sebagai pusat pelancongan dan Bandaraya Warisan Dunia. Namun, usaha ini tidak akan tercapai sekiranya ada kampung-kampung tradisional menjadi mangsa kepada pembangunan ini.
Jika diteliti seperti Kg. Batang Tiga Klebang yang telah tergadai akibat kelalaian kerajaan negeri untuk membela penduduk Kg tersebut dan akhirnya penduduk Kampung terpaksa mengunakan Mahkamah sebagai usaha untuk mempertahan hak mereka.
Juga beberapa kampung yang lain sekitar Melaka yang akan dan sedang menjadi mangsa kepada kemajuan Melaka nanti. Disini AMK Melaka melihat tanggungjawab sosial kerajaan negeri telah dilupakan demi mengejar pembangunan dan mengayakan beberapa kapitalis berpengaruh.
Sebagai anak muda kami melihat tamadun manusia telah bermula di sungai-sungai dan kampung-kampung sehingga Melaka megalami kemajuan yang pesat semenjak 10 tahun kebelakangan ini dan selari dengan slogan Melaka dimana "Disini Segalanya Bermula" oleh itu seharusnya kerajaan negeri lebih peka dan bertanggungjawab dalam hal ini.
Sehubungan itu AMK Melaka melihat kenyataan Ketua Menteri supaya PBT mendapat kebenaran untuk meroboh dan itu sebagai satu ketegasan dan harus dijadikan panduan kepada PBT di Melaka ini supaya tidak berlaku perkara yang merugikan rakyat terbanyak. Sesuai dengan peribahasa melayu "Jika Kerbau Dipegang Pada Talinya, Manusia Dipegang Pada Janjinya".
Hairiz Nordin,
Ketua AMK Melaka.
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment