Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, July 14, 2009

Pertuduhan Tidak Boleh Atas Bukti DNA Semata-mata - Peguam - TVA

Pihak pendakwaan terhadap kes tuduhan liwat Penasihat PKR, Anwar Ibrahim ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak boleh menjalankan pendakwaan berlandaskan DNA semata-mata.
Peguam Sankara Nair berkata, DNA hanya perlu dikemukan untuk menguatkan kes sebaliknya bukan sebagai bukti muktamad mendakwa seseorang.

Katanya, mengikut protokol negara-negara Komanwel, pihak pendakwa perlu mempunyai 90 peratus bukti yang cukup sebelum mendakwa sesorang.

”Betul, atas DNA semata-mata bukan jadi bukti muktamad, Itu memang benar.

”Sistem di Malaysia sama seperti di United Kingdom. Protokol untuk menjalankan pendakwaan di negara-negara Komanwel adalah pihak pendakwa mesti mempunyai 90% bukti yang mencukupi sebelum membuat keputusan untuk menjalankan pendakwaan.

“DNA hanya untuk menguatkan kes sahaja bukanya bukti muktamad dalam mana-mana kes berkenaan dengan perkosaan, sodomi dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan pihak pendakwaraya di United Kingdom yang tidak akan membawa pertuduhan terhadap seseorang semata-mata atas bukti DNA tanpa disokong bukti lain bagi mengelakkan sesorang dituduh atas jenayah yang tidak dilakukannya.

“Ya betul, untuk mengelakkan perkara,-perkara seperti itu. Pihak-pihak di mana-mana negara ada protokol bukti yang ada dan akan digunakan di mahkamah adalah amat tinggi sebelum sesuatu pendakwaan dibenarkan,” tambahnya.

Menurutnya, dalam kes berkenaan di bawah Sesyen 377 pihak pendakwa perlu mengemukan bukti bahawa terdapat tusukan ke dubur Saiful dan sekiranya gagal sepatutnya ia tidak boleh dijadikan satu kes.

”Selain daripada apa yang telah diberi terhadap laporan HKL dan Pusrawi untuk membuktikan seseorang telah meliwat, pihak pendakwa perlu menunjukkan ada ’penitration’ kalau tiada penitration tiada kes. Tidak perlu cari bukti DNA hanya perlu buktikan ada atau tidak penitration,” katanya.

Laporan pemeriksaan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa beliau diliwat merangkumi bukti DNA yang mencurigakan di samping mengesahkan secara rasmi bahawa tidak ada bukti klinikal menunjukkan bekas pembantu Anwar Ibrahim itu diliwat.

Pemeriksaan mendapati wujudnya dua sampel DNA lelaki berlainan pada tubuh Saiful, namun pemeriksaan klinikal tidak menyokong dakwaan Saiful bahawa beliau diliwat.

Laporan forensik klinikal itu yang disahkan oleh tiga pakar HKL daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Perubatan Forensik membuat kesimpulan bahawa tidak ada bukti konklusif menunjukkan tusukan atau kesan luka pada dubur Saiful.

TVA

No comments: