Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, July 20, 2009

Terima Kasih Kepada Skuad AMK Malaysia dari Perak!

Salam Reformasi,

Kami dari Angkatan Muda Keadilan Negeri Melaka, mengucapkan ribuan terima kasih kepada Skuad AMK dari Perak yang telah memberikan sepenuh komitmen dalam membantu menjayakan program lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Melaka semalam.

Skuad AMK dari Perak telah membantu AMK Melaka mengedarkan risalah, menyediakan tapak program dan yang paling penting dari sudut keselamatan. Kehadiran Skuad AMK amat membantu dan amat kami hargai. Diharap kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, terima kasih juga kepada semua ahli AMK Melaka yang telah hadir dan melibatkan diri dalam semua program semalam. Keterlibatan anda dari semua aspek jelas terbukti. Semuanya dilakukan bersemangat sekali. Syabas dan tahniah diucapkan!

Terima kasih juga kepada parti-parti komponen Pakatan Rakyat, PAS dan DAP yang telah hadir memberikan sokongan dan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan majlis yang boleh dianggap satu kejayaan yang besar di negeri Hang Tuah. Selain itu, idea dan maklumat yang disampaikan oleh penceramah dari Pakatan Rakyat amat bermakna buat rakyat negeri ini. Terima kasih sekali lagi!

Tahniah juga diucapkan kepada PKR Cabang Masjid Tanah, Bukit Katil, Jasin serta Alor Gajah yang telah menganjurkan pelbagai program antaranya perasmian ranting Taman Sri Aman, Hi-Tea di Ayer Molek, Jamuan Makan Malam di Sg. Rambai, Perasmian Pejabat di Rembia dan Ceramah di Sri Pengkalan, Alor Gajah. Secara amnya, kelancaran program-program yang dianjurkan boleh dianggap kejayaan yang besar kepada PKR Melaka. Malah kejayaan ini diharap menjadi pemangkin kepada seluruh jentera PKR Melaka di setiap Cabang dan Ranting untuk bergerak lebih aktif dan agresif dalam memperjuangkan keadilan untuk semua!

Tahniah!

No comments: