Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, July 16, 2009

Bantah SPRM serbu pejabat Exco Selangor - Harakah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Hrkh) - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor membantah tindakan terbaru oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyerbu masuk ke pejabat dua pemimpin DAP, termasuk seorang exco kerajaan negeri Selangor.

Ketua Penerangan AMK Selangor Mohd Ezli Mashut berkata tindakan ini dibantah kerana ianya dikhuatiri bermotifkan politik sempit semata-mata dan tidak di atas kapasiti menjalankan tugas secara professional.

AMK Selangor pada dasar dan prinsipnya menyokong untuk mana-mana pihak disiasat dan didakwa dengan penuh keadilan dan secara professional oleh pihak SPRM, di samping tidak akan berkompromi dengan sebarang unsur salah laku rasuah dan penyelewangan kuasa., katanya.

"Kita persoalkan tindak-tanduk SPRM mutakhir kini yang sewajarnya mempamerkan imej professional sejajar dengan pemerkasaan suruhanjaya tersebut.

"Sehingga kini SPRM dilihat masih belum lagi memperlihatkan tindakan yang pantas dan tegas terhadap banyak laporan rasuah yang dikemukakan," katanya dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Antara yang belum diambil tiundakan oleh SPRM ialah isu Port Klang Free Zone (PKFZ), soal banglo mahal milik bekas Menteri Besar Selangor yang diragui, jenayah politik wang semasa pemilihan pimpinan Umnodan pelbagai kes-kes lain yang melibatkan sejumlah wang yang mencecah Ringgit Malaysia berjuta-juta dan berbillion-billion, katanya.

"Laporan rasuah yang sudah dikemukan oleh pihak AMK terhadap bekas Menteri Besar sehingga kini tanpa sebarang tindakan susulan.

"Di manakah kewibawaan dan professionalisma SPRM dalam hal ini?" kata Mohd Ezli.

Katanya tindakan SPRM yang bertindak dengan bermotifkan pengaruh politik pihak-pihak tertentu hanya akan mencemarkan imej dan kredibiliti suruhanjaya tersebut pada pandangan rakyat dan dunia antarabangsa.

SPRM juga akan dipandang oleh masyarakat awam yang pantas dan tegas bertindak jika ianya daripada kalangan pihak Pakatan Rakyat namun jika ianya melibatkan kalangan daripada Umno/BN seolah-olah SPRM kaku dan lumpuh dalam segala-segi.

"Kita mahu SPRM tidak dilihat bias dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberi.

"Sudah tiba masanya SPRM memperlihatkan mutu tugas professional yang adil,pantas dan tegas," katanya. - azm _

Harakah

No comments: