Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, July 16, 2009

Kes liwat Anwar: Keputusan peroleh dokumen petang ini - mStar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi selesai mendengar hujah permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mahkamah memerintahkan pihak pendakwaan memberikan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwat beliau sebelum perbicaraan bermula.

Pendengaran di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah selesai selepas satu jam pihak pembelaan mengemukakan hujahan balas terhadap hujahan pihak pendakwaan semalam.

Hakim kemudiannya menangguhkan prosiding sehingga pukul 2.30 petang ini untuk keputusan permohonan tersebut.

"Saya fikir petang ini saya boleh berikan keputusan bagi permohonan ini.

"Namun saya hanya akan berikan keputusan serta alasannya secara ringkas... Saya perlukan masa untuk sediakan penghakiman penuh," kata hakim Mohamad Zabidin.

mStar

2 comments:

Wak Labu Farm said...

Mesti kasi kena ini peliwat, jangan kasi lepas.

:) said...

Wak-labu wak-labu... akal pun mcm labu.. same jer dgn gambar tu..

panggil org dgn panggilan mcm tu.. kira fitnah dah tu.. nak tanye skit mahkamah dah jatuh hukum ke??

Tuduhan sebelum ni pun penuh dgn tanda tanya dan tak membuktikannya.. Ape masalah wak-labu.. kot yer membenci org pun.. jgn mudah melemparkan tuduhan liar mcm ni...