Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, July 17, 2009

Kematian Teo Timbul Seribu Tanda Tanya - TVSelangor

Mayat Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock hanya dibawa keluar daripada bangunan Plaza Masalam selepas kira-kira 8 jam dia ditemui mati, di bahagian bumbung tingkat lima bangunan itu.

Mayat Teo bagaimanpun dibawa keluar oleh anggota polis jam 9 malam tadi menerusi pintu belakang bangunan berkenaan, bagi mengelakkan diserbu oleh wartawan dan jurugambar.

Terdahulu itu, lima pakar forensik berpakaian merah hati dari tiga buah hospital, dilihat memasuki bangunan itu kira-kira jam 6.30 petang.

Keluarga mangsa yang ditemui dalam bangunan yang menempatkan pusat beli belah dan pejabat itu, bagaimanapun enggan menjawab sebarang pertanyaan wartawan.

Abang kepada mangsa, yang menunggu hampir empat jam, dibenarkan masuk ke dalam bangunan di tingkat lima itu kira-kira jam 8.30 malam untuk melihat mayat Teo.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan, Ronnie Liu yang ditemui di tempat kejadian berkata, polis bertindak secara tidak professional kerana membiarkan waris menunggu terlalu lama.

Ronnie turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan layanan MACC terhadap beliau dan Adun Seri Kembangan untuk menemui mangsa.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo kesal kerana polis tidak membenarkan beliau dan abang mangsa melihat mayat Teo.

Sementara itu, kelihatan beberapa anggota parti pakatan rakyat menyalakan lilin sambil memegang beberapa sepanduk di hadapan pintu masuk Plaza Masalam sebagai protes terhadap kematian Teo.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam sidang media berhampir tempat kejadian berkata, kes ini di klafisikasikan sebagai kematian mengejut tetapi polis akan menunggu laporan bedah siasat untuk pengesahan.

Menjawab soalan pemberita, mengapa pakar bedah siasat diambil daripada tiga hospital yang berlainan, Datuk Khalid menganggap ia adalah kes sensitif

TVSelangor

No comments: