KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperoleh semua dokumen berkaitan kes liwatnya.
Bagaimanapun mahkamah tidak membenarkan permohonan Anwar untuk mendapatkan sampel atau spesimen asal yang dikatakan diambil melalui ujian swab ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Keputusan itu dibuat oleh hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah sebentar tadi.
Hakim juga menetapkan supaya tindakan dan penyerahan hang diperintahkan kepada pihak pendakwa disempurnakan dalam tempoh seminggu.
Mohamad Zabidin juga menetapkan sebutan semula bagi perbicaraan kes liwat Anwar dan permohonannya untuk menggugurkan kes berkenaan diadakan pada 24 Julai.
mStar
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment