Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, July 2, 2008

Cerita-cerita Demo 28 Jun Lepas Di Dataran Pahlawan

Demo 28 Jun yang lepas di Dataran Pahlawan telah diadakan dengan jayanya. Sambutan yang diterima amat memberansangkan. Pihak Keselematan juga telah memberi kerjasama yang baik.
Terima kasih Sdri Nahzatul Shima kerana sumbangan yang telah diberikan. Ikuti coretan Sdri Nahzatul Shima:

Seperti yang telah kuhebohkan sblom ni, satu demo telah diadakan di Dataran Pahlawan Banda Hilir Melaka pada Sabtu lepas. Dari hari Ahad lagi mailbox aku dah penuh minta upload gambau demo Sabtu lepas dalam blog. Tapi tak sempat beb. Malam tu kenon nk ada ceramah kat Jasin. Bila ceramah cancel, gempau pasal DSAI pulak masa on the way balik dari Jasin tu. Kelang kabut Malaya beb.

Demo start lebih kurang kul 3.15pm. Aku sampai lebih kurang kul 2.00. Saja la nk memantau. Parking kt MP. Masa tu polis dah banyak terpacak kat tepi jalan. Ada paling kurang 3 ke 4 trak. Standard la tu. Hari tu kat Jasin pon camtu jugak. Polis jer dah ader 100 orang. Aku sesorang kat depan pintu Melaka Megamall tu, tengok tak der sorang pon yang aku kenal. Rupanyer ramai hardcore dah belonggok kat McD.

Dari McD, diorang bergerak ke main entrance Melaka Megamall Masa ni, pak polisi dah mula menyerbu ke arah "Tok Ketua" kami.

Sementara depa dok leka sembang ngan polis, aku kabaukan dua tiga orang sebelah aku ni "aper lagi, bentang ler banner...jgn pedulikkan polis tu"..Bila dah banner terbentang, spanduk dah naik, Farhan mula main peranan. Macam tukang karut dalam dikir barat tu (bukan tukang carut)... Aku tak perasan aper yang dia laungkan mula mula..tapi bila dah ada kepala yang start, masa tu baru datang semangat. Bergema suara satu pekan.

TURUN TURUN...TURUN MINYAK!! TURUN TURUN..TURUN BN...HANCUR HANCUR..HANCUR BN.!! HIDUP HIDUP..HIDUP RAKYAT!!

Tak lama lepas tu, jalan depan Melaka Megamall tu ditutup. Nampaknya, tak sampai la masej pada pemandu kat Banda Hilir petang tu. Tapi ramai jugak duduk kat pulau jalan antara MP dan Dataran Pahlawan yg memerhati dari situ. Turut memerhati, pengunjung Melaka Megamall yang tengok dari dalam (belakang pintu kaca). Dari atas padang pun ramai jugak. Kalau ikut laporan paper hari Ahad tu, ada lebih kurang 500 orang yg terlibat.

Dalam keadaan tak diberi guna pembesar sora tu, sempat la 4 lima orang hardcore bercakap. Ada jugak wakil dari PAS. Dalam setengah jam ada la kot... Then kitorang bergerak keluar dari Megamall tu. Ingat nak berarak ke Taming Sari, tapi kena kena block dengan polis berhampiran McD. Untuk mengelakkan kekecohan, kami pon bersurai la kat situ.

Aku tak amik part pegang banner. Aku edar flyers. Sampai polis baju pink yang misai melintang tu pon aku bagi. Pandang aku macam nak telan. Aku pedulik aper. Edar risalah...bukan edar dadah.

Aper pun trima kasih pada yang join, sudi luang masa untuk demo tu. Dengar kabar, ramai yang silap dapat info, berkumpul kat tempat lain (atas padang Dataran). Kesian diorang, tak dapat join. Ada geng yang turun dari K.L tp sampai selepas kitorang bersurai.

Timer kasih pada polis polis yg bertugas masa tu (kecuali yg baju pink). Masa nak bersurai tu, sempat sorang polis tu datang kat aku sempat aku cakap,

"Timer kasih encik. Kami bukan nak buat kacau pon".

Polis tu dengan sora yg slow and steady,

"Tak per, kami pun bukannya aper...dah arahan..kami turun bertugas jer. Tak ada aper aper la. Tak payah risau. Kita pon tak suka minyak naik. Saya kalau pergi dengar ceramah bawak anak bini. Tapi saya pakai helmet".

Haaa....tengok tu, polis pon geng... Aku kata, tak per la tak boleh join macam ni, tapi sokongan tu mesti berterusan yer.... Polis tu pon jawab...Ooooo, itu musti...

Sumber: Nahzatul-Shima Blog
http://nazhatul-shima.blogspot.com/

1 comment:

Shima Batu said...

La....saper punyer kijer ni?

segan la...bahasa pasau tu...
malu nih... :D
timer kasih.., sy cuma kongsi cerita di blog...

terima kasih banyak...

kepada yg nk tengok lebih gambar sekitar demo, sila klik pada sidebar "28 JUN @ DATARAN PAHLAWAN" di sebelah kanan blog ni.

Buleh la tengok kot ada muka you all yg bersemangat..

Thanks :)