Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, July 15, 2008

Kerajaan Negeri Melaka Diminta Kembalikan Elaun KAFA

BUKIT KATIL [Sinar Harian] - Ketua Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek semalam menyokong sepenuhnya permohonan lebih 150 orang yang terdiri daripada guru-guru besar Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang meminta kerajaan negeri mengkaji semula gaji mereka.

Malahan Kamarudin memohon supaya kerajaan negeri memulangkan elaun KAFA yang ditarik sebanyak RM 280 sejak januari 2008.

"Kerajaan negeri menarik balik elaun tersebut tanpa mengeluarkan notis atau memberitahuan yang membuatkan guru-guru ini terpinga-pinga sebaik mendapati gaji mereka berkurangan. Ini juga membuatkan bebanan hidup mereka bertambah dengan kenaikan kos hidup sekarang ini." katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya lagi, tindakan ini jelas menunjukkan kerajaan negeri mengabaikan pendidikan agama Islam yang menjadi tunjang kerohanian untuk melahirkan generasi berakhlak tinggi di negeri ini.

Kamarudin juga menyatakan bukan hanya guru besar menghadapi masalah skim gaji yang tidak berubah, tetapi juga guru-guru SRA yang hanya mendapatkan gaji sekitar RM 700.

Terdahulu Sinar Harian kelmarin menyiarkan permohonan lebih 150 orang yang terdiri daripada guru-guru besar Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) negeri ini yang meminta mempertimbangkan kerajaan negeri mengkaji semula skim gaji mereka.Selama ini guru-guru terbabit hanya menerima skim gaji yang dikategorikan sebagai S11 yang menerima gaji antara RM 800 hingga ke RM 1500 serta bergantung selama mana tempoh berkhidmat.

Sedangkan apa yang dicadangkan mereka dinaikkan ke skim gaji S17 yang membolehkan mereka menerima kenaikan dalam jumlah lebih kurang RM 300.

Mereka mengutarajan perkara tersebut ketika pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Auditorium Masjid Al-Azim, kelmarin.Antara lain yang diperbincangkan mengenai soal peranan yang dimainkan oleh SRA JAIM dalam usaha membina modal insan yang meliputi pendidikan akhlak serta pembentukan jiwa pelajar.

Sumber: Ust. Kamaruddin Blog

No comments: