Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, July 22, 2008

KERAJAAN NEGERI SIBUK NAK BERPESTA, RAKYAT SENGSARA DILANDA BANJIR

Sewaktu kerajaan negeri sibuk untuk berpesta menyambut pengisytiharan Melaka Bandar Warisan Dunia; sibuk nak adakan florathon; sibuk buat projek sana projek sini, rakyat terus menderita dilanda banjir.

Hujan lebat Sabtu lepas sekali lagi 'membuka pekung' kerajaan negeri yang gagal menangani masalah banjir kilat apabila beberapa kampung di Daerah Melaka Tengah digenangi air. Antara kampung yang sering dilanda banjir itu ialah Kampung Durian Daun Dalam, Kampung Peringgit dan sekitarnya. Jalan-jalan di hadapan Bangunan SIRIM Melaka dan Kilang Infineon juga ditenggelami air menyebab kesesakan jalanraya yang teruk.

Pada setiap kali banjir sudah tentu rakyat di kawasan terbabit akan mengalami kerosakan harta benda, mengangkat barangan untuk diselamatkan dan juga terpaksa membasuh rumah akibat kekotoran selut. Malah mereka juga terdedahkan kepada bahaya 'tetamu-tetamu' yang tidak diundang seperti ular dan sebagainya.

Kampung Durian Daun Dalam yang paling teruk dilanda banjir sebenarnya terletak didalam DUN Duyong yang diwakili oleh YB Gan Tian Loo, Pengerusi Jawatankuasa Negeri (Exco) Kerja Raya dan kemudahan Awam . Sungguh memalukan apabila kawasan Exco yang menjaga Kerja raya dan kemudahan awam sendiri dilanda banjir. Masalah ini sudah berlarutan bertahun-tahun lamanya malah lebih teruk lagi semenjak beberapa projek pembangunan di laksanakan di persekitaran kampung ini.

Mengapa banjir ini terus berlaku sedangkan Kerajaan Negeri Melaka mendakwa Melaka Maju 2010?


1) Apakah tidak ada tindakan dilakukan oleh Wakil Rakyat Duyong dan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah ini? Mengapa ia dibiarkan bertahun-tahun lamanya?

2) Apakah projek pembangunan yang dilaksanakan di sekitar kawasan ini tidak mengambil kira masalah perparitan dan saliran sehingga rakyat menjadi mangsa?

3) Apakah ada unsur-unsur rasuah sehingga menyebabkan projek yang dilaksanakan tidak dijalankan dengan sempurna sehingga menyebabkan banjir berlaku?

Syabas diucapkan kepada Damian Yeo dan YB Sim Tong Him yang pantas membantu rakyat di kawasan tersebut yang dilanda banjir.

Gambar dari Blog Damian.

Sumber:
Sofi Wahab

No comments: