Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan dalam Pakatan Rakyat, PAS Melaka kerana telah memberi ruang, kemudahan dan bantuan kepada PKR Melaka dalam menjayakan ceramah Rapat Umum pada 18 Julai 2008 yang lalu di Dataran Hamas, Kemendor, Jasin. Terima kasih juga untuk rakan dari DAP yang telah sama-sama turun memberikan sokongan. Kami dari AMK Melaka amat hargai bantuan yang telah diberikan. Sesungguhnya dengan bantuan dan kerjasama yang terjalin telah membuktikan bahawa kita dari Pakatan Rakyat dapat bekerjasama dan bersatu hati dalam menjayakan agenda Pakatan Rakyat.
Terima kasih juga kepada AMK Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan kerana telah bertungkus-lumus menjayakan program pada hari tersebut. Komitmen yang telah diberikan sejak awal lagi tidak boleh dipertikaikan. Penglibatan AMK Selangor, wilayah persekutuan dan Negeri Sembilan dalam menyebarkan maklumat, keselamatan sehinggalah dalam perjalanan majlis pada 18 Julai 2008 adalah komitmet yang terpuji. Bantuan yang telah diberikan telah melancarkan lagi segala persediaan dan aktiviti pada hari tersebut.
Tahniah dan syabas kepada Pakatan Rakyat Melaka, AMK yang terlibat secara amnya dan seluruh rakyat Melaka yang telah hadir dan memberi sokongan pada 18 Julai 2008 yang lalu. Sesungguhnya tanpa anda, majlis yang diadakan sudah tentu tidak dapat dijayakan dengan baik sekali!.
Terima kasih.
Admin
2 comments:
Sama-sama
tahniah utk semua yg terlibat...
tabik spring utk AMK Melaka & Bhgn Jasin. Dalam masa kurang dari 48 jam, mereka bekerja bagai nak rak.
Hasilnyer, lebih dari 10 ribu orang yg hadir pada malam tu. TAHNIAH...tu kijer sehari tu...kalau kijer seminggu, maunyer sampai pekan jasin orang parking keta.
Post a Comment