
Walaupun program ceramah pada malam tersebut tidak dihadiri YB Azmin Ali seperti yang diwar-warkan, program tersebut masih lagi mendapat sambutan. YB Azmin Ali tidak dapat menghadiri program pada malam tersebut kerana jadual kerja yang padat. Kelihatan pada malam itu kehadiran anak-anak muda juga memberansangkan lantaran dari kemahuan mereka untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat semasa dari pendokong Pakatan Rakyat.

Program yang telah diadakan di kawasan yang agak terhad telah berjaya menambat hadirin yang memenuhi segenap ruang pada malam tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada PKR Bahagian yang telah berjaya mengadakan program tersebut.

Di Dataran Pahlawan pula Konsert yang gah namanya, kelihatan agak kurang mendapat sambutan walaupun pelbagai publisiti telah diberikan. Dengan keluasan Dataran Pahlawan kapasiti hadirin yang hadir dianggarkan hanya memenuhi hadapan pentas sahaja. Ini juga mungkin disebabkan konsert tersebut diadakan 2 malam berturut-turut.

Admin
No comments:
Post a Comment