Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, July 15, 2008

PKR kecewa debat Anwar-Shabery

PKR melahirkan kekecewaan berhubung perubahan saat-saat akhir program debat isu kenaikan harga minyak antara penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menteri penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek malam ini.

Debat yang asalnya dijadual sepanjang 90 minit kini dikurangkan kepada sejam, termasuk lapan minit iklan, kata ketua penerangannya Tian Chua.

Beliau juga kecewa dengan keputusan menukar saluran televisyen kepada TV9, asalnya TV3, yang belum mempunyai liputan menyeluruh.Bernama TV dan Astro Awani akan turut menyiarkan siaran langsung debat "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak" mulai jam 9 malam ini.

"Apa yang mengecewakan lagi ialah, disebabkan oleh pertukaran stesen penyiaran dari stesen kerajaan kepada stesen swasta, masa penyiaran telah dikurangkan dari satu jam setengah kepada 52 minit ditambah dengan 8 minit iklan," kata Tian dalam satu kenyataan.

"Pertukaran stesen penyiaran dan pengurangan masa siaran jelas adalah untuk menyekat orang awam daripada mengikuti perdebatan yang jarang ini bagi mendengar penjelasan Anwar Ibrahim berhubung dengan isu harga minyak.

"Tindakan ini timbul tidak lain daripada rasa takut BN untuk berhadapan dengan Anwar dalam isu yang menjadi perhatian semua rakyat.

"Bagaimanapun, tambahnya, Anwar akan tetap menghadiri program debat tersebut anjuran Agendadaily.com yang diadakan di bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber: Malaysiakini

No comments: