Ada satu perenggan dalam artikel terkini mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengenai kontroversi sodomi Anwar yang nampaknya memberikan gambaran kepada pemikiran bawah-sedar Mahathir mengenai perkara itu.
Dalam artikel berjudul “Debat Anwar’ yang disiarkan dalam blog beliau pada 17 Julai, Mahathir telah mencadangkan betapa dakwaan sodomi (liwat) terbaru terhadap Anwar Ibrahim mungkin betul, kerana kerajaan tidak mungkin begitu bodoh menggunakan taktik yang sama dua kali untuk menyusahkan Anwar. Beberapa bahagian yang menarik dalam hujah beliau terdapat dalam perenggan 6 & 7 dan saya petik hujah berikut:
Para 6: Namun, apakah mungkin kerajaan yang ada ini begitu bodoh dan tidak berimaginasi menggunakan ‘taktik’ yang sama khususnya setelah kerajaan sendiri bersuka hati dengan pembebasan Anwar? Tentu ia mampu mencipta satu lagi cerita yang masuk akal kalau pun ia mahu merencana dengan niat ataupun berkonspirasi terhadap Anwar. Keberangkaliannya kisah itu sama kerana ia memang benar.
Para 7: apa pengadu yang baru ini seorang (copycat) tiruan. Besar kemungkinan, tidak. “Tidak ramai yang berani mengumumkan perkara yang amat memalukan itu, sebagai sudah kena liwat.....”
Perkataan ‘copycat’ mengandaikan bahawa ada seseorang yang mengada-adakan sesuatu dengan cara meniru perkara lama. Jadi apakah makna ‘sesuatu’ yang sedang ditiru? Apakah ianya tuduhan sodomi sahaja ataupun satu helah untuk mengenakan Anwar? Sudah tentu ia mengenai perkara yang terakhir tadi, kerana tidak masuk akal untuk seseorang menuduh Anwar meliwatnya hanya dengan meniru tuduhan yang serupa sepuluh tahun dahulu. Jadi dengan menggunakan perkataan ‘copycat’ untuk menjelaskan soalannya, apakah Mahathir tidak secara tak sengaja mendedahkan fikiran bawah-sedarnya bahawa kejadian yang dulu itu sesungguhnya satu konspirasi?
Trenda pemikiran yang sama boleh juga di kesan dalam penggunaan perkataan ‘taktik yang sama’ untuk membayangkan kejadian yang baru ini.
walaupun perkataan taktik itu difahami sebagai satu perkataan yang menyindir. Kalaulah kejadian yang dahulu itu bukan satu konspirasi kenapa pula gunakannya untuk membayangkan bahawa kejadian terbaru ini bukan satu konspirasi? Dengan berbuat demikian Mahathir sesungguhnya berkata bahawa orang tidak akan sebodoh itu menggunakan trik yang sama ke atas orang yang sama. Apakah ini satu pengakuan bahawa tuduhan sodomi pada 1998 adalah satu konspirasi terhadap Anwar?
Mahathir semacam membuat pengakuan bahawa tuduhan sodomi 1998 dahulu bukanlah satu tindakan bijak apabila beliau berkata” sudah tentu mereka boleh cipta satu cerita baru yang lebih masuk akal....”
Walaupun perbicaraan 1998/1999 terhadap Anwar telah diikhtiraf secara global sebagai konspirasi untuk menghancurkan kerjaya politik Anwar, inilah buat pertama kali Mahathir membuat pengakuan dengan perkataan dia sendiri, betapa pun dia tidak berniat demikian.
Mengenai hujah utama Mahathir bahawa tidak mungkin kerajaan yang ada ini begitu bodoh, jawapannya mudah sahaja: Ini bukannya rencana kerajaan tetapi satu helah kesyaitanan yang dilakar oleh segelintir manusia yang begitu berpengaruh yang merasa diri terancam oleh kemungkinan naiknya Anwar ke persada politik negara.
Apakah tindakan ini memang bodoh seperti yang didakwa oleh Mahathir? Tentu tidak! Sebaliknya tuduhan sodomi masih kekal sebagai senjata yang paling mudah dan perkasa untuk menjatuhkan seorang tokoh dalam sebuah negara seperti Malaysia di mana hukum undang-undang adalah terlalu lemah dan perilaku seksual dikutuk secara mudah sebagai satu jenayah besar. Yang penting, institusi negara yang korup yang bertanggungjawab menjatuhkan Anwar sepuluh tahun dahulu masih kekal korup hingga hari ini.
Apakah Anwar bersalah kerana meliwat seperti yang didakwa oleh Mahathir? Jawapannya begini: Bolehkah polis membebaskan Anwar hanya beberapa jam selepas menangkap beliau dengan segala hiruk-pikuk; dan seandainya Anwar tidak memberikan alibi yang menyelamatkan dirinya pada hari dikatakan telah meliwat si pengadu?
Sumber: http://fisher.globat.com/%7Emarhaen.org/v1/mar_a_tag2425.html
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
artikel anda :
http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/mahathir_mengaku_wujudnya_konspirasi_pada_1998_
promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang trbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!
Post a Comment