Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Saturday, July 19, 2008

Sekitar Ceramah Rapat Umum 18 Julai 2008


Jasin 18 Julai 2008 - Ribuan rakyat Melaka membanjiri Dataran Hamas, Kemendor, Jasin untuk mengikuti dan mendapatkan maklumat semasa dan terkini dari pimpinan Pakatan Rakyat. Ceramah Rapat Umum pada malam ini telah dimulakan tepat jam 9.00 malam dan dipengerusikan oleh Sdr. Wahab.


Sdr. Khalid Jaafar bekas calon Parlimen Bkt Katil pada PRU 12 telah diberi penghormatan untuk menjadi penceramah pertama. Ini diikuti oleh Sdr. Adly Zahari, Timb I. Pesuruhjaya PAS Melaka. Kemudian Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin menyusul menggantikan tempat Sdr. Adly dengan gimik lelaki beropeng di sebelahnya seolah-olah dari UTK. Sementara menunggu ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sdr Azmin Ali telah mengambil alih tempat. Akhirnya sekitar jam 10.45 malam Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dan terus ke petas utama untuk menyampaikan ceramah.



Ceramah pada malam ini membawakan isu kenaikan harga minyak, tuduhan dan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu semasa di parlimen dan rancangan masa hadapan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri yang telah dimenangi. Malah rakyat telah diingatkan kembali kejadian yang berlaku terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim 10 tahun yang lalu.



Kelihatan juga Chegu Bard, Ust. Kamaruddin, Sdr. Yusof dan ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang turut datang memberikan sokongan.
Admin

No comments: